Menonton siri drama TV popular House MD memang agak menggelikan hati dan menghiburkan, terutamanya melihat telatah House (lakonan Hugh Laurie) bersama orang-orang di sekelilingnya, selain bermanfaat kerana memberikan banyak informasi mengenai ilmu kedoktoran. Walaupun saya tidak pernah mempelajari bidang biologi namun sedikit sebanyak saya dapat mendalami bidang tersebut tatkala menonton siri TV tersebut.
Saya punya koleksi siri DVD House musim kedua, keempat dan kelima. Ya, musim kelima yang baru sahaja ditayangkan di TV sudah habis saya tonton walaupun ada beberapa episod yang tidak berkemampuan untuk ditonton saya.
Mengamati gelagat House sebenarnya membawa banyak persoalan, namun satu yang menarik minat saya ialah; dalam kategori manakah si House ini berada? Adakah dia seorang anarkis atau egois?
Pada pendapat peribadi saya House lebih kepada berunsurkan seorang egois berbanding seorang anarkis. Ada sebabnya kenapa saya berkata sedemikian. Mungkin akan ada yang bertanya, apakah perbezaan antara anarkis dan egois?
Seorang anarkis akan sentiasa melanggar peraturan yang dicipta oleh pihak berkuasa dan individu tersebut lebih cenderung untuk hidup di dalam persekitaran yang tidak mempunyai peraturan, organisasi, ataupun kerajaan.
Manakala seorang egois pula hanya akan menentang sesuatu peraturan atau organisasi apabila mendapati ianya tidak membawa manfaat atau mengancam dirinya TETAPI akan menyokong atau mengikuti peraturan atau organisasi tersebut jika ianya bermanfaat kepada dirinya. Individu tersebut bukan seorang hipokrit, tetapi itulah pinsip hidupnya, menentang atau meninggalkan apa sahaja yang tidak bermanfaat pada dirinya dan menyokong yang sebaliknya.
Secara ringkasnya seorang egois meletakkan kepentingan dirinya di atas kepentingan orang lain dan sanggup melakukan apa sahaja untuk manfaat diri sendiri.
Atas dasar tersebut, memang tidak salah jika saya mengatakan House merupakan seorang egois, berbanding seorang anarkis kerana walaupun dia merupakan seseorang yang tidak memperdulikan sebarang peraturan, namun dalam sesuatu keadaan dia akan memanipulasi suatu peraturan yang dirasanya bermanfaat pada dirinya untuk kepentingan diri atau menjatuhkan orang lain.
Sebagai contohnya seperti diri saya. Saya tidak menyokong sistem monarki mahupun feudalism namun saya tidak akan menentangnya kerana menyedari bahawa sistem tersebut membawa menfaat kepada diri, agama, bangsa dan negara saya. Dapat idea disebaliknya?
dr house ego bertempat.dia yakin dengan pengetahuan dia dalam dunia perubatan.dan yakin dengan setiap tindakan nye termasuk la dalam menjalani pembedahan.he's cool!!
BalasPadamweh...nnt ak nk pnjm dvd house ko...ade mse nnt blh la
BalasPadamNaY - house bkn stakt ego dlm dunia perubatn, tp dlm sgale aspek hidup, tmasuk relationship dgn org len. ye, sy mmg rase die cool, tp hnye sbg watak dlm crite. bygkn kalau org tdekat anda prangai mcm die, sy x rase anda akan anggap die cool..
BalasPadamcakong - xde hal, tp movie the secret sbg exchange. hah..
btl2..ak sokong pandangan ko kf...x blh buat mmbr org mcm 2...bereh2...nnt kte jmpe ak bg ah
BalasPadame'eh.. xbley follow blog eyh??
BalasPadamleh kot, tp followers list dh buang. copy url blog ni n paste kt add following kt dashboard.. tq
BalasPadam