Selain kucing, arnab juga sering dijadikan haiwan peliharaan di rumah.
Sebelum ini saya tak adalah minat sangat dengan arnab, tapi lepas tengok gambar-gambar arnab di internet, saya rasa comel juga arnab ni sebenarnya, mungkin lebih comel sedikit daripada kucing sebab badan dia bulat-bulat sikit kan. Hehe.
Arnab merupakan haiwan yang terdiri daripada keluarga mamalia dan terdapat beberapa jenis spesis arnab. Tahukah anda, haiwan pika yang menjadi inspirasi kepada Pikachu dalam kartun Pokemon itu sebenarnya adalah salah satu daripada keluarga arnab. Tapi sayangnya, pika sekarang sedang mengalami ancaman kepupusan, boleh baca di sini.
Arnab sebagai haiwan peliharaan di rumah merupakan sejenis haiwan yang agak sosial, mereka boleh bergaul bersama spesis lain seperti manusia, arnab lain, burung, hamster, dan juga anjing dan kucing. Namun bagi anjing dan kucing, arnab-arnab ini haruslah dijaga dan diperhati kerana berkemungkinan ianya akan diserang oleh kedua-dua haiwan tersebut. Kesian juga arnab ni, kalau lepak dengan anjing atau kucing mesti selalu kena buli, hehe.
Selain itu, antara fakta-fakta menarik haiwan yang comel ini antaranya adalah gigi mereka tidak akan berhenti tumbuh, mereka boleh melihat di belakang mereka namun terdapat titik buta pada pandangan hadapan, mempunyai kemungkinan untuk mati apabila terlalu takut ketika berhadapan dengan pemangsa dan terdapat mitos mengatakan kaki arnab yang dibuat tangkal boleh mendatangkan tuah (syirik ni, haha).
Tahukah anda, arnab juga dibela untuk dijadikan makanan terutamanya di negara China. Tapi rasanya yang dimakan itu adalah arnab-arnab liar, tak akanlah mereka sanggup nak makan arnab yang comel-comel macam kat bawah ni.
Jadi sesiapa yang terasa macam nak membela arnab tu, bolehlah tengok gambar-gambar arnab comel dan cute yang lucu di bawah ni. Saya pun terasa macam nak bela seekor pula.
tiba2 teringat dengan arnab2 aku yang mati dibaham anjing
BalasPadamoh, kesiannya. kalau tempat ada anjing tu mmg tak boleh bagi lepas kot arnab2 ni.
Padamkesiannya awak
Padamcomel semua arnab dalam gambar tu, geram pun ada =D
BalasPadamhehe, itulah. geram-geram je tengok semua.
Padamy teinga pjg turun bwh tuh y comey ssgt.suke2..nak2..
BalasPadamrasanya arnab spesis telinga panjang tu mmg spesis plg comel kot. haha.
Padamhahaha..comel belaka.terutama yg naik atas kura-kura..tp kucing kdg2 makan arnab tau..
BalasPadamlah, kucing pun makan arnab ke. kesian gila kat arnab ni kalau camtu.
Padamyup, baru dpt 8 ekor baby arnab, tp tak pasti kucing makan semau atau arnab makan ...sebab bc kt blok arnab pn makan anak2 yg baru lahir.
BalasPadamyg telinga pjg comel
oh yeke, tp ada jugak dengar cerita yg arnab ni tak berapa kisah sangat pasal anak diorang. pasal yg makan anak tu tak tahu pula.
Padamall the pictures on the top is beautiful
Padamall the picture on the top is beautiful!!! =3
BalasPadamHi, saya ada arnab bulu panjang sepasang untuk dijual. Bazaargig@gmail.com
BalasPadamthanks
so cute!
BalasPadamsaya suka semua arnab2 tu !so cute!
BalasPadam