Blog Informasi, Idea, Kreatif

Korea

I

Satu petang ketika berjalan-jalan di satu kompleks membeli-belah di Seremban abang saya bertanyakan sesuatu kepada saya.

“Dalam laptop ko ade cite melayu baru tak?”

“Magika ade la.” Jawab saya.

“(Sambil senyum sinis) Tak best. Cite omputih baru takde?”

“Takde,” Ujar saya ringkas.

“Habis tu, ade cite ape?”

“Drama korea ade la.” Saya jawab tanpa berselindung.

“Gay.” Balas beliau pantas.

(ps: menonton drama Korea adalah tidak gay)

Farkit.


II

Semasa akhir semester tiga teman-teman sebilik saya mula menonton video klip artis Korea dengan agak kerap, terutama menjelang peperiksaan akhir. Antara video yang kerap dipasang ialah dari CN Blue.

Masa mula-mula tengok saya buat-buat tak kenal siapa CN Blue padahal saya ada simpan satu lagu mereka dalam laptop. Seganlah nak mengaku. Tak rock lah kalau orang nampak saya pakai baju Black Sabbath tapi layan KPop. Lagipun saya tak minat pun KPop masa itu.

Masa mula-mula saya dengar lagu CN Blue saya gelak besar sambil rasa geli-geleman sana sini satu badan. Saya fikir macam mana la orang boleh layan lagu macam ini.

Tapi sekarang saya dah ada lapan lagu CN Blue dalam laptop (bangga), semua download sendiri dan saya siap buat satu folder khas untuk lagu-lagu KPop dalam iPod saya. Saya juga sanggup pergi CC semata-mata nak mendownload siri We Got Married Jung Yong Hwa (vokalis CN Blue) dan Seohyun (SNSD).

Dan sekarang saya dah mula layan Super Junior.

Farkit.



III

Apabila anda meminta daripada rakan anda dua siri drama Korea yang kebetulan watak utamanya merupakan orang yang sama dan kebetulan pula kedua-dua drama tersebut agak out-rated dan agak jarang orang memilikinya, maka anda tidak boleh mengelakkan diri daripada dikantoikan oleh rakan anda tersebut yang serba tahu tentang Korea bahawa anda merupakan peminat watak utama drama tersebut yang juga merupakan salah seorang ahli kumpulan wanita popular Korea.

Farkit.

1 ulasan