Blog Informasi, Idea, Kreatif

Macam-macam Ketika Berprektikel

1. Mungkin mereka-mereka yang bekerja di tapak bina merupakan perokok tegar atau mereka harus menjadi perokok tegar semasuknya mereka ke tapak bina. Barulah kelihatan seperti abang-abang.


2. Tiga orang sedang makan tengahari satu meja sebelum solat Jumaat di sebuah gerai makan tepi jalan. Si Senior Project Manager bercerita tentang pengalaman beliau bekerja di Arab Saudi manakala si Senior Project Executive merancakkan perbualan dengan berkongsi cerita beliau yang pernah bekerja di Dubai. Yang ketiga, si Budak Praktikal yang hanya pernah menjual petai keliling kampung hanya tunduk sambil menyuap nasi ke dalam mulut cepat-cepat. Si Budak Praktikal kelaparan. Dia tak peduli semua itu.


3. Di sebuah meja di gerai makan (lagi!). Ada empat orang yang masing-masing cukup abang-abang. Dua orang berbahasa Tamil, seorang berbahasa Hindi dan seorang berbahasa Melayu. Yang berbahasa Tamil berbual rancak dalam bahasa Tamil, kadang-kadang yang berbahasa Hindi menyampuk dalam bahasa Inggeris dan yang lain ikut turut berbahasa Inggeris. Yang berbahasa Melayu tunduk sambil suap nasi ke dalam mulut gelojoh-gelojoh. Yang berbahasa Melayu kelaparan. Dia tak peduli semua itu.

Tiada ulasan

Catat Ulasan