Blog Informasi, Idea, Kreatif

Hiasan Dalaman Starbucks Di Jepun Yang Menarik (8 Gambar)

starbucks-jepun

Bagi sebuah cawangan Starbucks di Jepun yang terletak di Fukuoka ini, lokasinya adalah agak unik kerana ia terletak berhampiran Dazaifu Temangu, salah satu kuil terbesar di Jepun yang menarik kira-kira 2 juta pengunjung setahun.

Starbucks telah bekerjasama dengan arkitek Kengo Kuma & Associates untuk menghasilkan satu reka bentuk dalaman yang harmoni dan mampu berintegrasi dengan persekitaran pekan tersebut, dengan menggunakan sistem unik melekatkan kayu-kayu nipis untuk dijadikan hiasan dalaman. Projek tersebut menggunakan 2000 batang kayu berukuran 1.3m-4m panjang dan keseluruhan panjang kayu tersebut mencapai sehingga 4.4 km.

Ianya boleh dikatakan satu design yang stail dan unik, tapi tidak dikira faktor berapa banyak pokok yang ditumbangkan secara sia-sia semata-mata untuk memperlihatkan Starbucks sensitif dengan persekitaran pekan tersebut. Saya juga dapat bayangkan tukang cuci yang menyumpah seranah seharian kerana terpaksa bekerja membuang debu dan habuk pada setiap 2000 batang kayu tersebut. One hell of a job, isn't it?

hiasan-dalaman-starbucks
starbucks-jepun-hiasan-dalaman
hiasan-dalaman-kayu
Sumber dari Archdaily

2 ulasan