Dengan pelancaran Facebook IPO (initial public offering) pada 18 Mei lepas, laman sosial yang diilhamkan Mark Zuckerberg pada lapan tahun lalu di sebuah dorm di Harvard itu dijangkakan bernilai $100 billion, menjadikannya lebih bernilai berbanding Disney, Ford dan Kraft Food.
Namun berita semalam melaporkan terdapat penurunan pada harga saham Facebook yang menyusutkan nilai Facebook kepada $80 billion. Walaubagaimanapun, Facebook yang mempunyai 900 juta pengguna, bilangan yang lebih ramai berbanding jumlah penduduk bumi pada 200 tahun lepas, masih merupakan laman sosial gergasi yang mungkin mampu mengadik-adikkan Google.
Jadi bagaimanakah rasanya untuk bekerja di syarikat ini, dengan perasaan anda berurusan dengan 900 juta klien seluruh dunia? Di sini dipaparkan suasana di ibu pejabat Facebook di Menlo Park, California yang baru dibuka Januari lepas. Cekidout!
Sumber dari Time
blm dpt lawan ofis yahoo.. hehe.. follow sini jugak.. :)
BalasPadamwahh! ade bendera malaysia laaa !
BalasPadamwah.. malaysia lah skly.. huhu..
BalasPadamamboi~ ada bendera Malaysia!
BalasPadamanyway, mne Zuckerberg ?
zuckerberg kerja dekat ofis lain kot.
BalasPadamhaha.mlysia penting kot bagi fesbuk
BalasPadamhehe.kena bangga sket.
BalasPadamoh.opis yahoo lagi hebat ke?haha.
BalasPadam