Blog Informasi, Idea, Kreatif

10 Kereta Termahal Di Dunia


Kos membeli kereta mewah bukan hanya bergantung kepada harga pasarannya sahaja, kos sebenar bermula dari saat anda membeli kereta tersebut. Maintenance, insurans, kadar bunga, kos minyak dan sebagainya kadang-kadang melebihi harga kereta tersebut sendiri.

Audi R8 misalnya, yang berharga kira-kira setengah juta (mengikut harga US), apabila sampai lima tahun, kos penyelenggaraannya akan mencanak naik hingga RM600,000, lebih mahal daripada harga kereta itu sendiri. Bukan itu sahaja, kereta-kereta mewah ini juga akan cepat jatuh nilainya.
Pada lima tahun pertama, majoriti kereta-kereta mewah tertentu akan jatuh nilainya antara 27-47% pada lima tahun pertama, yang menyebabkan kerugian antara RM180,000 - RM500,000 kepada pembeli.

Konsep dia lebih kurang samalah dengan mengahwini isteri yang high maintenance, duit habis dek membeli barang makeup, baju designer brand, beg tangan LV, yang dari Petaling Street punya tak nak. Cuma yang berbezanya isteri yang betul-betul 'mahal' ni tak semestinya high maintenance, hehe.

Ok. Cut the crap. Di sini dipaparkan 10 kereta termahal di dunia yang jika anda ada duit lebih, mungkin boleh beli dan memandu di jalan raya di Malaysia, dan seterusnya tersedar yang betapa berjuta ringgit sekalipun kereta anda, tetap juga akan tersangkut ketika traffic jam. Tips penting; kereta yang betul-betul 'mahal' bukan terletak pada harganya, tapi pada nombor platnya. Buktinya? Jika anda pakai Perdana sekalipun, tapi dengan nombor plat tertentu, anda tak perlu risau dengan traffic jam.

10. Pagani Zonda C12 F (RM 2.13 juta)
pagani zonda C12 F

9. Ferrari Enzo (RM 2.14 juta)
Ferrari Enzo

8. McLaren F1 (RM 3.1 juta)
McLaren F1

7. Zenvo ST1 (RM RM 3.9 juta)
Zenvo ST1

6. Maybach Landaulet (RM 4.4 juta)
Maybach Landaulet

5. Koenigsegg Agera R (RM 5.1 juta)
Koenigsegg  Agera R

4. Lamborghini Reventon (RM 5.1 juta)
Lamborghini Reventon

3. Pagani Zonda Clinque Roadster (RM 5.87 juta)
Pagani Zonda Clinque Roadster

2. Aston Martin One-77 (RM 5.87 juta)
Aston Martin One-77

1. Bugatti Veyron Super Sports (RM 7.65 juta)
Bugatti Veyron Super Sport

*Nota: Harga kereta ini diconvert terus dari mata wang US Dollar, tidak termasuk cukai di Malaysia

Tiada ulasan

Catat Ulasan