Blog Informasi, Idea, Kreatif

Hasil Seni Kereta BMW Klasik Yang Cool (20 Gambar)


Kalau tak mampu beli kereta yang asli, gantung gambarnya di rumah mungkin sudah memadai.

Galeri seni Lumas dengan kerjasama Bavarian Motor Works (BMW) telah menghasilkan satu projek seni menampilkan kereta-kereta klasik yang awesome keluaran BMW, sebagai satu tribute kepada sejarah penubuhan BMW.

Hasil seni tersebut memaparkan 10 jenis kereta, antaranya BMW Isetta, BMW M1, BMW Mille Miglia Coupe dan lain-lain lagi yang antaranya mungkin tak pernah dilihat, lebih-lebih lagi bagi saya yang masih noob kereta. 

Setiap model yang menjadi mercu tanda bagi sejarah reka bentuk kereta yang kontemporari ini telah dijaga dengan rapi di dalam muzium dan bilik-bilik pameran dan masih berfungsi dengan baik. Bagi yang berminat, bolehlah shopping-shopping di website Lumas, berharga ratusan dollar setiap satu. Oh, bukan keretanya tetapi gambar foto bagi kereta-kereta terebut. Jika kereta BMW klasik berharga ratusan dollar sahaja, saya pun boleh beli pakai duit PTPTN.

Tiada ulasan

Catat Ulasan