Temasya sukan Olimpik London 2012 dibuka tirai dengan majlis perasmian yang berlangsung dengan gilang-gemilang pagi tadi waktu Malaysia. Majis yang bertempat di Olympic Stadium di Stratford, Timur London itu dihadiri lebih 80,000 orang di mana Britain menjadi tuan rumah buat kali ketiga.
Temasya yang disertai 204 negara dan wiayah itu diserikan dengan ribuan peserta yang mengambil bahagian untuk membuat persembahan yang mengasyikkan selama lebih kurang 2 jam dengan bintang popular seperti Rowan Atkinson (Mr Bean), Daniel Craig dan David Beckham turut memeriahkan suasana.
Pelbagai tema persembahan yang dipersembahkan yang setiap satunya cukup awesome dan memukau sehingga mungkin ada yang terpaksa bersahur di depan tv sebab tak nak terlepas aksi menarik tersebut. Meh.
Apa yang kurang best mungkin terpaksa tunggu lama dan menyaksikan atlit dari negara-negara yang tak pernah dikenali berarak sebelum kontinjen Malaysia muncul pada giliran ke-113. Apabila sampai giliran kontinjen Malaysia pula, ianya jadi lagi tak best apabila kejap sangat mereka muncul di kaca televisyen tapi pengulas sukan tersohor negara, Hasbullah Awang berjaya menghangatkan suasana dengan memuji pembawa bendera negara, Pandalela Rinong dalam intonasi kebiasaan beliau, "ah, manis, manis!".
Apesal tak "ah, cantik!"?
"Meh"
Sumber gambar dari Time
Tiada ulasan
Catat Ulasan