Tahi, tak kisahlah tahi apa-apa binatang sekalipun, even tahi manusia, pasti bukannya sesuatu yang menyeronokkan kecuali jika anda mencari nafkah melalui tahi.
Tahi binatang misalannya yang bersepah di tengah jalan bukan sahaja menyemak mata memandang, tapi juga mengganggu konsentrasi untuk berjalan sebab kena elak jika tak teringin terpijak tahi.
Untuk mengelakkan masalah ini, satu kempen dilaksanakan di Mexico di mana orang ramai boleh mendapatkan wifi percuma dengan menukarkannya dengan.. tahi anjing.
Kempen yang dilaksanakan oleh syarikat internet dari Mexico, Terra ini membolehkan orang ramai mendapatkan wifi percuma di taman yang disediakan di mana had masa penggunaan wifi tersebut dikira berdasarkan jumlah tahi anjing yang diletakkan. Bermakna, semakin banyak tahi anjing, semakin lama masa penggunaan wifi yang diberikan. Kreatif.
Tapi macam mana pula agaknya mesin tersebut dapat mengenal pasti itu adalah tahi anjing dan bukannya tahi, err, tahi orang?
Untuk keterangan lebih lanjut, boleh tonton video ini, jika anda faham bahasa spanish.
Sumber dari Inhabitat
untunglah kalau malaysia boleh buat mcm ni...mesti bersih je..:) taman2 mesti full..
BalasPadamhehe.itulah.dapat wifi percuma pulak tu.
Padamhehhe bijak dorng ni kan..
BalasPadamblog saya http://www.kotak-lirik-lagu.com
bijak dan kreatif :)
Padam