Blog Informasi, Idea, Kreatif

Tak Masuk Akal? 93 Orang Ditahan Di China Atas Dakwaan Sebarkan Ramalan Kiamat 2012

kalendar-maya

Sebagai orang Islam, kita memang tak percaya tentang ramalan kaum Maya yang kiamat akan berlaku dalam beberapa hari lagi.

Lain pula halnya di China, ianya menjadi sesuatu yang sangat serius.

Pihak berkuasa China setakat ini telah menahan 93 orang atas dakwaan menyebarkan ramalan dan khabar-khabar angin tentang hari kiamat, termasuk 37 ahli kultus Kristian yang diharamkan, "Almighty God".

Mengikut portal berita Xianhua yang dikendalikan kerajaan, ahli-ahli kultus tersebut baru-baru ini telah menyebarkan ramalan kiamat berdasarkan mitos kaum Maya di mana dijangka matahari tidak akan terbit dan elektrik tidak akan berfungsi selama tiga hari bermula 21 Disember.

Kedengarannya seperti tidak masuk akal bukan? Ditangkap atas dakwaan menyebarkan ramalan kiamat nampaknya seperti tidak munasabah.

Namun pihak berkuasa China mungkin mempunyai sebab tertentu untuk bertindak sedemikian. Menurut satu lagi laporan, ramalan tersebut menjadi faktor kepada serangan bersenjatakan pisau terhadap 23 kanak-kanak di sebuah sekolah rendah pada Jumaat lepas.

Suspek penyerang, dikenalpasti sebagai Min Yongjun, disyaki psikologinya telah dipengaruhi oleh khabar angin tentang pengakhiran dunia.  Min kemudiannya ditangkap atas dakwaan mengancam keselamatan orang awam.

Tak sangka ye, benda-benda begini tidak boleh dibuat main. Di China ini memang pelik kadang-kadang. Sebelum ini saya pernah cerita tentang lelaki China mati sebab tak tidur 11 hari menonton siaran Euro 2012, kali ini cerita ini pula. Tak masuk akal juga.

Sumber dari Reuters

1 ulasan

  1. Renung-renungkanlah, tetap Allah yang lebih mengetahui.. Bangsa Mayan 5,000+ tahun dahulu, meninggalkan suhuf atau lauh mencatatkan pada Baktum 13 nanti, tarikh kiraan kalender mereka ( bersamaan sekarang tarikh Masihi hari JUMAAT 21hb Desember 2012 ) mencatatkan akan berlaku Mala Petaka AMAT BESAR, mempamirkan keadilan Tuhan Maha Besar, dengan berlakunya pemilihan baik dan buruk secara langsung, dan kehidupan di dunia ini disambung oleh orang orang yang baik yang di pilih Tuhan yang Maha Besar.
    -
    Catatan ramalan bangsa Mayan ini TIDAK PERNAH mengatakan akan berlaku KIAMAT berakhirnya bumi ini. Catatan ini Hanya difahami oleh ahli-ahli sejarah sebagai waktu Mala Petaka Amat Besar untuk adanya Hari Pembalasan Mahkamah Keadilan di Bumi yg diputuskan langsung oleh Tuhan yg Maha Besar. Diwaktu tarikh Baktum 13 ini dicatatkan juga akan turunnya 9 Tuhan kecil untuk melakukan pemilihan dan pengagihan kebaikan dan menghapuskan kejahatan (Mungkin dimaksudkan disini Malaikat malaikat Utama) yang TELAH menjadi saksi keatas perbuatan setiap manusia dalam ketamadunan manusiawi sejagat selama ini. ______
    **

    Renungkan ayat Al Quran ini: AN-NISA' Ayat 164 : "Dan (Kami telah mengutus) Rasul-Rasul yang sungguh TELAH Kami KISAHkan tentang mereka kepadamu dahulu, dan Rasul-rasul yang TIDAK Kami KISAHkan tentang mereka kepadamu. Dan Allah telah berbicara kepada Musa dengan langsung ".
    -
    Al-Faatir: Ayat 24 : “Sesungguhnya Kami mengutusmu dengan (agama) yang benar, sebagai pembawa berita gembira dan pemberi amaran dan TIDAK ADA SESUATU UMAT PUN MELAINKAN TELAH ADA DALAM KALANGAN MEREKA DAHULU SEORANG RASUL PEMBERI PERINGATAN DAN AMARAN.”
    -
    Abu Zar bertanya kepada Rasulullah SAW, Berapakah jumlah para nabi ? Rasulullah SAW menjawab, Mereka berjumlah 124,000 orang, sebanyak 315 dari mereka adalah Rasul. .

    **
    Sememangnya ada hadis daripada Rasulullah SAW, yang mengaitkan hari kiamat dengan hari Jumaat. Imam Malik menukilkan sebuah hadis dalam kitabnya “al-Muwatta” bahawa Rasulullah SAW bersabda (Maksudnya) ;

    “Sebaik-baik hari yang terbit matahari padanya ialah hari Jumaat. Pada hari itu diciptakan Adam a.s, pada hari jumaat dia (Adam) dikeluarkan dari syurga. Pada hari jumaat Adam a.s bertaubat dan pada hari itu juga dia wafat. Padanya berlaku hari kiamat. Semua makhluk yang melata tidak terkecuali akan berteriak kuat pada hari kiamat dari pagi subuh hinggalah terbit mahatari pada hari Jumaat kecuali manusia dan jin. Pada hari itu, kiamat tidak akan mengganggu hamba Allah yang sedang solat dan memohon sesuatu daripada Allah dan diperkenankan permohonan itu”.
    **
    "Sampaikan lah walaupun satu ayat sekali pun".
    Saya tidak menghukum hanya menyampaikan ayat ayat sahaja.
    -
    Wassalam

    BalasPadam