Bukan itu sahaja, malahan harga hartanah melambung sangat tinggi hingga memaksa mereka yang kurang berkemampuan untuk sekadar membeli atau menyewa apartment-apartment yang sempit seperti yang terjadi di Hong Kong ini.
Untuk meningkatkan kesedaran tentang masalah tempat tinggal yang sempit dan sesak di Hong Kong, sebuah pertubuhan hak asasi manusia, Society for Community Organization (SoCo) telah melancarkan satu kempen kesedaran dengan menyiarkan beberapa keping gambar foto yang memaparkan suasana sempit penduduk di apartment.
Apartment tersebut keluasannya hanya seperti sebuah bilik, pada purata keluasan 40 kaki persegi, penduduk terpaksa melakukan semua aktiviti di dalam ruang yang sempit itu seperti makan, tidur, mengulangkaji pelajaran dan sebagainya. Agaknya bagaimanalah mereka boleh survive setiap hari dengan tinggal dalam tempat yang sangat sempit dan sesak sebegini.
Sumber dari My Modern Met
Tiada ulasan
Catat Ulasan