Blog Informasi, Idea, Kreatif

Gabungan Restoran McDonald Dan Stesyen Minyak Unik Di Georgia

pandangan malam stesyen minyak

Selalunya bagi sesebuah outlet McDonalds, biasanya kita lihat rekaannya adalah hampir sama di setiap cawangan. Tapi berbeza pula halnya dengan sebuah restoran McDonalds di Georgia ini, di mana bukan sahaja rekaannya yang berbeza dan unik, malahan ianya dibina bergabung bersama sebuah stesyen minyak.

Gabungan restoran McDonalds dan stesyen minyak ini terletak di Batumi, sebuah bandar di Georgia dan ianya telah direka oleh arkitek Giorgi Khmaladze. Bangunan ini memaparkan sebuah struktur yang dibina menggunakan rasuk terjulur (cantilever) pada satu sisi untuk membentuk kanopi ataupun sebagai bumbung kepada stesyen minyak yang dibina di bawahnya. Manakala pintu masuk restoran McDonalds pula ditempatkan di bahagian bertentangan, disebabkan arkitek bertanggungjawab ingin memisahkan kedua-dua entiti tersebut.

Antara ciri lain yang menarik ialah ruang makan di tingkat satu di mana ianya dihias dengan taman yang dibina di bahagian atas permukaan kanopi. Menarik juga struktur ini kerana ideanya untuk menggabungkan dua service adalah merupakan sesuatu yang agak outside of the box dan mampu menarik perhatian, selain menjimatkan ruang.

taman dalam restoran mcdonalds
bahagian taman di ruang makan
gabungan restoran mcdonalds dan stesyen minyak
pandangan sisi bangunan
pintu masuk restoran mcdonalds
pintu masuk restoran mcdonalds
pandangan atas stesyen minyak
pandangan atas
rasuk terjulur cantilever
rasuk terjulur (cantilever) menjadi kanopi kepada ruang stesyen minyak
bahagian siling stesyen minyak
bahagian siling stesyen minyak
ruang stesyen minyak
ruang stesyen minyak
pandangan atas taman separa tertutup
pandangan atas taman yang separa tertutup
pandangan stesyen minyak
pandangan stesyen minyak
lukisan axonometric stesyen minyak
axonometric 1
axonometric 2
axonometric 3
axonometric 4
axonometric 5
lukisan axonometric restoran mcdonalds
axonometric 6
section restoran mcdonalds
section
section detail restoran mcdonalds
section detail
Sumber dari Design Boom

4 ulasan

  1. menarik sesangat....cool!!!!! Bro ni arkitek ke???

    BalasPadam
    Balasan
    1. oh, tak lah. saya just minat architecture, hehe.

      Padam
  2. Nak tunggu design cenggini buat kat malaysia pulak....

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak tunggu design camni rasanya susah sikit kot, haha.

      Padam