Blog Informasi, Idea, Kreatif

Pemandangan Dubai Yang Menakjubkan Diambil Dari Atas Awan

pemandangan-dubai-dari-bangunan-85-tingkat

Pernahkah anda terbayangkan bagaimana agaknya pemandangan yang dilihat dari atas awan?

Inilah yang cuba disampaikan oleh seorang jurugambar dari German, Sebastian Opitz yang mengambil gambar pemandangan indah Dubai dari atas awan.

Untuk mengambil gambar ini, Opitz menaiki bangunan Princess Tower di Dubai di tingkat 85 yang berketinggian 414 meter seawal jam 4 pagi. Tujuan beliau mengambil gambar awal pagi tersebut adalah untuk menangkap pemandangan Dubai yang berkabus yang kelihatan seolah-olah seperti bandar di atas awan. Menurut beliau lagi, kabus tebal jarang berlaku di Dubai, ianya hanya muncul enam hari pada setiap tahun dan lenyap selepas 9 pagi. Kiranya gambar-gambar yang beliau ambil ini memang sangat jaranglah.

Antara bangunan yang kelihatan adalah Burj Dubai yang merupakan bangunan tertinggi di dunia setakat ini. Bila tengok gambar-gambar di bawah, nampak macam bandar di atas awan pun ada.

bangunan-dubai-diselaputi-kabus
bangunan-pencakar-langit-dubai
pemandangan-dubai-waktu-pagi
bangunan-dubai-waktu-pagi
dubai-dari-atas-awan
dubai-diliputi-kabus
Sumber dari Bored Panda

7 ulasan