Blog Informasi, Idea, Kreatif

Seekor Kucing Ditangkap Cuba Seludup Handphone Ke Dalam Penjara

Untuk menyeludup barang larangan ke dalam penjara, banduan meggunakan pelbagai taktik untuk mengaburi mata pengawal penjara. Tapi kali ini taktik yang agak pelik dan lain dari yang lain digunakan, iaitu dengan menggunakan seekor... kucing?

Seekor kucing yang digunakan oleh banduan di Russia telah ditangkap oleh pengawal penjara ketika kucing tersebut cuba menyeludup barang ke dalam penjara. Apabila ianya ditangkap di pagar penjara Penal Colony Number One, kira-kira 1000 kilometer dari Moscow itu, kucing tersebut telah diikat dengan telefon bimbit dan charger pada badannya dengan menggunakan tape.

kucing-ditangkap-seludup-handphone-ke-penjara

Masih tidak pasti lagi bagaimana kucing tersebut akan menjalankan 'misi' tersebut dan apa pula nasibnya apabila barang tersebut berjaya diseludup ke dalam penjara. Namun ini bukanlah pertama kali percubaan sebegini dilakukan. Sebelum ini kucing telah digunakan untuk menyeludup dadah ke dalam penjara, cuma kali ini kucing tersebut bernasib malang apabila dibunuh oleh anjing pengawal. Hmm, kesian kucing tu.

sumber dari Sky News

4 ulasan

  1. ada je idea mereka ni
    orang kat dalam tu kebanyakannya kreatif

    BalasPadam
    Balasan
    1. bila dah terdesak, macam2 idea kreatif yg datang, hehe.

      Padam
  2. letak tape cam tu mmg kena tangkap lah wahai kucing :)

    BalasPadam