Anda merupakan dalam golongon 1% yang bertuah mempunyai terlampau banyak wang lebih dari common sense?
Anda bermandikan wang setiap hari seperti Scrooge McDuck? Mungkin handphone ini sesuai untuk anda.
Dengan berharga kira-kira RM25 juta (5 juta pound sterling), iPhone 4S Diamond Rose boleh dikira sebagai handphone termahal di dunia setakat ini, sebelum mungkin datang seorang billionaire gila yang inginkan sebuah handphone yang disaluti dengan batu-batu dari bulan.
Handphone ini direka oleh Stuart Hughes, seorang pereka British yang sebelum ini telah mereka iPhone 3GS Supreme (RM9.5 juta) dan iPad Supreme Gold (RM650,000). Lebih daripada 500 butir berlian boleh didapati pada bahagian luar handphone ini dengan melebihi 100 karat.
Ciri-ciri lain antaranya pada butang 'home' yang ditatahkan dengan dua jenis berlian - 7.4 karat berlian merah jambu single cut dan 8 karat berlian single cut.
Bahagian belakangnya pula disalut dengan emas 'rose gold' dan logo Apple yang dihiasi dengan 53 butir berlian, dan handphone ini hanya dikeluarkan sebanyak dua unit sahaja di seluruh dunia.
Secara perbandingannya, dengan handphone ini anda mampu membeli kira-kira tiga buah kereta Bugatti Veyron supersport dan harga handphone ini mampu menampung pendapatan seorang rakyat Liberia (yang 90 peratus penduduknya hidup di bawah 1.25$ sehari) selama 20,821 tahun. Gila.
heeee...makasih udah mau shear
BalasPadamnice artikel.
For sure its stunning but wonder why am I going to find the money.
BalasPadamhaha, pkai ncet 3210 pun bolee dah :D
BalasPadamTak akan aku pakai HP semahal ini kalau banyak duit... hilang, naya jer 2.5juta tu...
BalasPadamJom Join Sini (!) Ada Banyak Tutorial Di Sini (!) http://mynameishafizah.blogspot.com/ :D
BalasPadamsepri yanto: ur welcome :)
BalasPadamNavaneetham: yup,thats why only 1% of world population could afford this
mencari pelangi: haha.yg penting boleh call n mesej :)
FazMas: ini org kaya gila saja nak pakai.haha
Hafizah: done already :)
kalau function sama jea baik tak payah!!orang Sengal jea yg beli hp nie..
BalasPadamhaha.ini mungkin namanya nak menunjuk.
BalasPadam