Manusia normal memerlukan 8 jam tidur sehari. Tapi bagi mereka yang betul-betul sibuk sehingga tak tidur malam seperti student yang menyiapkan projek dan assignment, pekerja yang menyiapkan tugasan pejabat atau paling obvious sekarang, berjaga untuk Euro sehingga pukul 5 pagi, bagaimana caranya untuk tidur dalam masa yang pendek tanpa rasa letih dan mengantuk?
Caranya adalah dengan mengaplikasikan Uberman's sleep schedule.
Tidur kebiasannya terdiri daripada lima fasa, tetapi hanya satu fasa sahaja yang betul-betul penting, iaitu fasa terakhir yang dipanggil REM (Rapid Eye Movement). Dalam fasa inilah mimpi berlaku dan ia biasanya berlaku selama satu jam setengah setiap malam. Idea yang ditampilkan dalam Uberman's sleep schedule ini adalah untuk membuang semua fasa tidur yang tidak penting tersebut dan hanya tidur dalam fasa REM, bermakna anda hanya akan tidur dua jam sehari.
Tahi suci. Bagaimana saya boleh melakukan perkara yang awesome sebegitu?
Caranya adalah dengan tidur sebentar selama 20 minit setiap 4 jam dalam sehari. Bermakna anda hanya tidur selama 2 jam dalam sehari.
Katakan anda set jadual untuk tidur jam 8 malam dan set alarm untuk bangun jam 8.20 malam. Kemudian anda bangun, mungkin pergi main Facebook atau Twitter dan tidur semula jam 12 tengah malam dan bangun jam 12.20 tengah malam dan seterusnya.
Mungkin dalam 3, 4 hari pertama anda akan menjadi seperti zombi dan merasa sakit kepala tahap dewa dan pening-pening sampai nak bunuh diri kerana kekurangan tidur, tapi jangan bunuh diri dulu, kerana ianya akan menjadi sangat tidak produktif dan ianya akan mengambil masa kira-kira seminggu untuk otak anda menyesuaikan diri dengan jadual ini.
Mungkin dalam 3, 4 hari pertama anda akan menjadi seperti zombi dan merasa sakit kepala tahap dewa dan pening-pening sampai nak bunuh diri kerana kekurangan tidur, tapi jangan bunuh diri dulu, kerana ianya akan menjadi sangat tidak produktif dan ianya akan mengambil masa kira-kira seminggu untuk otak anda menyesuaikan diri dengan jadual ini.
"Zombaaaa!"
Antara kelebihan Uberman's sleep schedule:
- (Obviously) lebih masa berjaga (22 jam), berbanding 16 jam bagi kebanyakan orang yang tidur selama 8 jam seperti disarankan
- Sesetengah orang melaporkan mereka rasa lebih bertenaga (jika anda tidak terlepas jadual tidur)
Keburukan Uberman's sleep schedule:
- Jika anda terlepas jadual tidur, anda akan menjadi seperti zombi sehinggalah anda mengisi semula jadual tidur yang terlepas itu
- Sehingga setakat ini tiada sesiapa mendakwa atau bukti dipamerkan telah mencuba cara ini lebih daripada beberapa tahun, menjadikan ianya tidak bersifat konklusif
- Kesan jangka panjang yang masih belum dikaji, namun diketahui bahawa kekurangan tidur mampu menyebabkan penyakit jantung dan strok
Kesimpulannya, Uberman's sleep schedule merupakan cara yang awesome tapi berbahaya untuk memendekkan masa tidur anda dengan produktif, walaupun terdapat beberapa orang yang mendakwa berjaya mengadaptasi cara tidur yang ekstrem sebegini, seperti Steve Pavlina yang bertahan selama 5 bulan sebelum bertukar kepada corak tidur yang biasa kerana kekangan jadual.
Jadi, anda bagaimana?
Appreciate this post. Let me try it out.
BalasPadamMy site :: cheap auto insurance ma