Blog Informasi, Idea, Kreatif

Parti Haluan Kiri Sweden Menggesa Lelaki Untuk Kencing Duduk

mangkuk-tandas

Membuang air kecil sambil duduk itu sunat.

Pekerja lelaki yang bekerja di Majlis Daerah Sormland di Sweden digesa untuk membuang air kecil sambil duduk apabila membuang air di tandas pejabat, mengikut usul yang dikemukakan oleh parti berhaluan kiri Sweden. 

Mengikut parti tersebut, terdapat dua sebab utama kenapa usul dikemukakan supaya pekerja lelaki membuang air kecil  sambil duduk, iaitu; amalan tersebut adalah lebih bersih untuk lelaki -  dengan mengurangkan sisa-sisa air kencing yang tertinggal pada mangkuk tandas akibat daripada ketidak tepatan shooting accuracy - di samping meningkatkan kesihatan berdasarkan hasil kajian yang mendapati membuang air kecil secara duduk lebih efektif untuk mengosongkan pundi kencing seseorang.

Antara langkah pertama yang akan diambil menurut wakil parti tersebut adalah dengan hanya menyediakan tandas duduk sahaja bagi setiap tandas.

Pendapat anda? Wajar atau tidak? Takkan lah sampai nak kencing pun kerajaan kena kawal.


Sumber dari Huffingtonpost

Tiada ulasan

Catat Ulasan