Blog Informasi, Idea, Kreatif

Diktator Korea Utara Bersama Isteri Baru Yang Hot (9 Gambar)

kim-jong-un-dan-isteri

Sehari selepas status perkahwinan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un diumumkan secara rasmi, Korean Central News Agency (KCNA) memaparkan gambar pemimpin agung Korea Utara tersebut melawat taman tema bersama isterinya iaitu Ri Sol Ju di Pyongyang.

Namun penganalisis politik berpendapat lawatan tersebut sengaja dirancang untuk menonjolkan Kim Jong-Un sebagai seorang lelaki yang moden, stabil dan tidak diselubungi misteri. Uh, boleh tahan hot juga isteri beliau.

Kim Jong-Un dan isteri beliau menghadiri majlis perasmian taman tema Rungna People's Pleasure Ground di Pyongyang bersama-sama pakcik-pakcik berusia pertengahan yang tidak malu untuk sibuk enter frame.

Melawat 'dolphinarium' di taman tema tersebut. Dipercayai pengunjung yang berstatus rakyat biasa yang memasuki tempat ini akan hilang tanpa dikesan sebelum dibawa ke concentration camp untuk melakukan kerja-kerja buruh demi pemimpin agung.

Dari jauh isteri Kim Jong-Un ni nampak macam Tiz Zaqyah pun ada sikit-sikit. Tiada detail yang dikeluarkan mengenai isteri Kim Jong-Un tersebut namun media dari Korea Selatan melaporkan beliau merupakan seorang bekas penyanyi dan cheerleader, dan mereka telah berkahwin sejak tahun 2009. 

Amboi, hepi sakan nampak. Maklumlah pengantin baru. Penganalisis berpendapat pengunguman mengenai status perkahwinan pemimpin Korea Utara tersebut bertujuan menyampaikan mesej bahawa Kim yang berusia 20 something itu merupakan seorang yang matang dan stabil. Muka macam budak-budak baru dapat gula-gula pun dikira matang ke.

Show off pemimpin di hadapan rakyat Korea Utara bukanlah sesuatu yang baru tetapi menonjolkan keluarga pemimpin merupakan sesuatu yang mengejutkan dan berbeza dengan kepimpinan sebelum ini di mana wanita pertama biasanya dirahsiakan identitinya.

Skodeng orang mandi. Tiada malkumat yang dikeluarkan mengenai isteri pemimpin Korea Utara tersebut namun dipercayai beliau baru berusia awal 20-an. Amboi, muda lagi.

Air pancut mungkin merupakan sesuatu yang baru di Korea Utara sampaikan si Kim ni tergamam pula nampaknya. Berbeza dengan bapanya, Kim Jong-il yang merahsiakan identiti keluarganya daripada pengetahuan orang ramai, Kim Jong-Un dilihat lebih menyerupai datuknya, Kim Il Sung di mana beliau sering dilihat bersama isteri dan anak-anaknya.

Bersama pakcik-pakcik pegawai kerajaan berusia pertengahan berpakaian seragam polos yang tidak pernah lupa untuk enter frame. Perkahwinan Kim Jong-Un ini dilihat dapat mengurangkan kerisauan kepada rakyat Korea Utara dan pegawai kerajaan di mana beliau dilihat terlalu muda untuk memegang tampuk pemerintahan. Mungkin kalau dah kahwin akan nampak matang sikit.

Di pusat 'dolphinarium' melihat ikan lumba-lumba bersama pakcik-pakcik usia pertengahan. Walaubagaimanapun perubahan ini dilihat tidak akan dapat membawa perubahan ekonomi dan sosial kepada negara tersebut. 

Walaupun Kim merupakan seorang pemimpin yang boleh tahan boyotnya namun laporan terbaru dari PBB melaporkan dua pertiga daripada 24 juta rakyat Korea Utara menghadapi masalah kekurangan makanan yang kronik dan akses kepada air bersih, elektrik dan perubatan masih tidak mencukupi bagi rakyat negara tersebut yang tinggal di kawasan luar bandar yang mundur.

Sumber dari Time

Tiada ulasan

Catat Ulasan