Hidup dalam bandaraya besar memang menyesakkan.
Semuanya bergerak pantas. Err, in case kalau anda naik public transport mungkin tidaklah sepantas mana sebab kena tunggu lama baru transport nak sampai, atau ketika traffic jam misalannya. Namun ia tetap menyesakkan.
Dikelilingi orang ramai yang masing-masing berjalan macam tengah lumba jalan kaki, lampu-lampu yang berkelip, dan kereta-kereta yang berlalu pantas merupakan senario biasa di bandaraya-bandaraya besar. Stephanie Jung, seorang jurugambar mendapat idea untuk mengabadikan moment yang kelam-kabut ini menjadi satu hasil seni yang unik dan mengagumkan.
Kualiti gambar-gambar yang diambil oleh Stephanie Jung ini berjaya mengubah objek-objek harian seperti lampu jalan, kereta dan orang ramai menjadi suatu bentuk abstrak. Fotografi ini diambil di bandaraya besar dunia iaitu di Jepun, Paris dan Berlin.
Sumber dari My Modern Met
Tiada ulasan
Catat Ulasan