Blog Informasi, Idea, Kreatif

20 Gambar Ruang Kerja Yang Kreatif dan Menarik

ruang-kerja-kreatif

Tempat kerja sama ada di pejabat mahupun yang bekerja sendiri di rumah mestilah sentiasa kelihatan kemas dan teratur.

Ini bukan sahaja akan memberikan keselesaan bekerja kepada pekerja malahan memberi sumber inspirasi dan idea terutamanya kepada mereka yang bekerja di bidang kreatif.

Bagi saya ciri-ciri yang paling menarik bagi sesuatu tempat kerja atau workspace ialah yang membenarkan personalization atau mengubahsuai ruang di tempat kerja mengikut citarasa masing-masing seperti di pejabat Google di New York ini. Ini bukan sahaja akan memberikan lebih keselesaan, malahan membuatkan pekerja seperti berada di rumah sendiri. 

Dengan itu produktiviti juga semakin meningkat, maka tidak hairanlah apabila semakin banyak syarikat-syarikat di luar negara terutamanya yang memberikan satu hari kepada pekerja untuk bekerja dari rumah.

Tidak mustahil dengan kemajuan teknologi internet yang semakin canggih sekarang, mungkin satu hari nanti pejabat tradisional akan semakin berkurang dan semakin ramai yang akan bekerja dari rumah.

pejabat-kreatif

Di sini ditampilkan 20 idea kreatif dan inovatif untuk menghias ruang pejabat, samada anda bekerja di pejabat (bagi pejabat yang membenarkan anda ubahsuai meja kerjalah, kalau tak sia-sia kena maki dengan bos) atau mereka yang bekerja di rumah, freelancer contohnya. Gambar-gambar ini diambil dari workspace tumblr yang menampilkan idea-idea pengubahsuaian ruang kerja. Tengok gambar-gambar ni pun saya tiba-tiba rasa semangat nak ubahsuai meja kerja. Huhu.

meja-kerja
ruang-kerja
meja-kerja
ruang-kerja
meja-pejabat
pejabat-kreatif
perpustakaan
kerja-dari-rumah
ruang-pejabat-kreatif
kerja-di-rumah
studio

Tiada ulasan

Catat Ulasan