Siapa yang tak kenal google kan. Mengikut statistik, Google digunakan lebih kurang 81% sebagai search engine berbanding Bing (8.73%), Yahoo (7.5%) dan lain-lain.
Popularnya Google sampaikan perkataan Google itu sendiri menjadi satu perkataan rasmi dalam internet. Kalau nak cari sesuatu maklumat dalam internet, kita kebiasaannya tak cakap,
"cuba search ket internet", tapi biasanya kita akan cakap;
"google je la."
Baru-baru ini ibu pejabat Google di New York telah diberi nafas baru dengan penambahan beberapa ciri-ciri baru yang kelihatan agak menarik dan awesome. Pejabat Google di New York ini yang menempatkan staf seramai 2800 orang walaupun tidak sebesar pejabat utamanya di Silicon Valley, namun ianya dijangka akan berkembang dan terus mengambil pekerja yang berkemungkinan akan menjadikan New York sebagai antara hub teknologi yang berkembang pesat di negara itu.
Jadi di sini ditampilkan suasana di ibu pejabat Google di New York. Cekdemout!
Bilik persidangan bertemakan keretapi bawah tanah di mana pekerja boleh bersidang melalui video bersama pekerja Google lain di seluruh dunia
Sebuah dapur bertemakan hijau yang menggambarkan komitmen Google terhadap kemampanan
Bilik persidangan bertemakan apartmen bagi mereka yang sukakan perasaan bekerja di rumah
Pekerja di Google dibenarkan untuk mengubahsuai meja kerja mengikut kehendak masing-masing untuk keselesaan
Water Tower Cafe, salah satu daripada lima cafe di pejabat tersebut yang menyediakan makanan percuma
Bilik persidangan yang bertemakan broadway
Rak buku yang menyembunyikan satu daripada tiga 'bilik rahsia' di dalam perpustakaan
Perpustakaan di pejabat Google, lengkap dengan koleksi buku yang disumbangkan oleh pekerja-pekerja
Jambatan Google yang terletak di seberang jalan 16th Street di New York
Sumber dari Time
Tiada ulasan
Catat Ulasan