Apakah ciri-ciri yang melayakkan sesebuah jalan raya itu untuk dipanggil terbaik dan awesome?
Ciri-ciri yang paling penting pastilah tanpa lopak-lopak air, jalan berlubang dan jalan retak walaupun beru lepas diturap macam kebanyakan jalan-jalan raya di negara kita yang dibina oleh kontraktor nak cari untung lebih.
Antara elemen jalan-jalan raya terbaik ialah keadaan permukaan jalan yang baik, gabungan antara laluan yang mencabar dan jalan yang lurus dan panjang, kurang trafik dan semestinya pemandangan yang cantik dan menarik.
Jadi di sini ditampilkan 10 jalan raya terbaik dan tercantik di dunia. Jika ada masa dan wang bolehlah pergi melawat ke sana.
10. The Overseas Highway - Florida Keys
Jalan yang diberi nama The Overseas Highway ini menyambungkan antara pulau ke pulau melintasi 42 buah jambatan di Florida Keys, Amerika Syarikat. Dibina pada tahun 1983 di atas landasan keretapi lama yang musnah akibat taufan. Jalan raya ini hampir keseluruhannya berada di atas air dan dikelilingi oleh pemandangan yang cantik dan menakjubkan.
9. Iroha-zaka - Jepun
Iroha-zaka merupakan jalan raya di Jepun yang bersambung antara Nikka tengah ke Okku-Nikko. Jalan ini mempunyai 48 selekoh dan setiap selekoh terdapat huruf Jepun kuno yang bermula mengikut urutan yang dimulai dengan huruf I-ro-ha, di mana jalan ini mendapat namanya.
8. Oberalp Pass - Switzerland
Jalan yang terletak di atas gunung Swiss ini merupakan jalan penghubung yang penting antara Central Switzerland dan Graubunden Oberland. Jalan ini sangat popular di kalangan pemandu-pemandu di Eropah namun ianya hanya boleh dilalui ketika musim panas. Pada musim sejuk, jalan ini ditutup dan digunakan sebagai trek ski dan laluan mendaki.
7. Trollstigen - Norway
Merupakan antara tarikan utama di Norway, jalan Trollstigen yang bermaksud Troll Ladder dalam bahasa Inggeris ini dikelilingi oleh pemandangan yang cantik dan beberapa air terjun yang menakjubkan. Jalan ini sangat sempit sehingga membuatkannya sangat sukar untuk dua kenderaan melepasi antara satu sama lain dan kecerunannya sangat curam dan mampu membahayakan pelancong.
6. Guoliang Tunnel Road - China
Guoliang Tunnel Road yang dibina oleh sekumpulan orang kampung tempatan ini terletak di pergunungan Taihang di wilayah Hunan di China. Ramai orang kampung yang kehilangan nyawa akibat kemalangan ketika membina jalan ini namun pada tahun 1977 ianya dibuka untuk laluan orang ramai. Terowong yang digali adalah sepanjang 1200 meter, 5 meter tinggi dan 4 meter lebar, dan ianya merupakan salah satu jalan raya paling berbahaya dan juga tercantik di dunia.
5. Los Caracoles Pass - Andes
Jalan yang diberi nama Los Caracoles Pass ini terletak di pergunungan Andes dan terkenal sebagai antara jalan raya paling berbahaya di dunia dengan kecerunan yang sangat menjunam dan tidak dibina dengan pembahagi jalan. Hampir sepanjang tahun jalan ini ditutupi oleh salji dan membuatkannya sangat sukar untuk dilalui. Walaupun ianya antara jalan paling berbahaya di dunia, namun Los Caracoles Pass mempunyai rekod keselamatan yang baik.
4. Jebel Hafeet Mountain Road - UAE
Jebel Hafeet Mountain Road yang terletak di UAE ini mempunyai jarak sepanjang 12 kilometer dan terletak di atas bukit yang berketinggian 1219 meter. Kerajaan UAE membina jalan ini dengan pemandangan gurun yang memukau di bukit tersebut yang diakhiri dengan sebuah tempat letak kereta. Di situ, hanya terdapat sebuah hotel dan istana yang dimilki oleh pemerintah negara.
3. Lysebotn Road - Norway
Lysebotn Road yang dianggap sebagai antara jalan raya yang terbaik di Eropah ini mempunyai jarak sepanjang 30 kilometer. Permukaan jalannya adalah sangat lancar dan cantik dan dilengkapi dengan terowong sepanjang 1.1 kilometer pada bahagian bawah.
2. Stelvio Pass - Itali
Bermula dari Eastern Alps di Itali, jalan Stelvio Pass ini menghubungkan Valtellina dengan Merano dan bahagian atas lembah Adige. Merupakan jalan raya berturap kedua tertinggi di pergunungan Alps dengan ketinggian 2757 meter di atas paras laut. Jalan raya yang curam ini dianggap sebagai antara jalan raya yang paling mencabar di dunia dengan dikelilingi oleh pemandangan yang cantik dan menakjubkan.
1. Transfagarasan - Romania
Transfagarasan merupakan jalan raya kedua tertinggi di Romania dan mula dibina sebagai jalan strategik bagi tentera oleh bekas diktator Romania dari tahun 1970 hingga 1974. Jalan raya sepanjang 90 kilometer ini menghubungkan akses kepada bahagian atas pergunungan yang di mana terletaknya Balea Lake, tasik glacier yang telah wujud sejak ribuan tahun.
Ianya juga dilengkapi dengan terowong sepanjang 1 kilometer terus ke bahagian atas gunung. Antara bulan Oktober dan Jun, jalan ini dilitupi dengan salji dan biasanya ditutup untuk laluan orang ramai. Jalan ini juga dinamakan sebagai jalan raya terbaik di dunia oleh Top Gear.
Sumber dari Cars Route
Tiada ulasan
Catat Ulasan