Perang antara kartel dadah di Mexico memang menakutkan.
Dalam masa dua tahun sahaja, kira-kira 20,000 ahli kumpulan pengedar dadah telah terbunuh akibat perang antara gang di Mexico, sepuluh kali ganda lebih banyak berbanding pembunuhan di Afghanistan.
Untuk memberikan kesedaran tentang bahayanya penggunaan senjata api di kalangan orang awam, Pedro Reyes, seorang artis dari Mexico City memberikan makna dan fungsi baru untuk kira-kira 6,700 senjata api yang dirampas daripada perang antara kartel dadah. Senjata-senjata api tersebut sepatutnya ditanam sebagai cara untuk melupuskannya.
Dalam projek seni beliau yang digelar 'Imagine', Reyes bekerjasama dengan enam orang pemuzik selama dua minggu untuk menghasilkan 50 instrumen muzik daripada senjata api tersebut sebagai cara untuk memberikan kesedaran tentang keganasan yang berlaku di Mexico.
Senjata api tersebut telah dipotong, dikimpal dan diubah menjadi instrumen muzik yang boleh dimainkan.
Sumber dari You! Be Inspired
Tiada ulasan
Catat Ulasan