Blog Informasi, Idea, Kreatif

Korea Selatan Melantik Presiden Wanita Pertama Dalam Sejarah

Korea Selatan telah melantik presiden wanita pertama mereka iaitu calon parti konservatif, Park Geun-hye, 60 tahun yang berjaya menewaskan pencabar dari parti liberal, Moon Jae-in dengan kemenangan tipis memperoleh 50.1% undi melalui 94% undi yang dikira, lapor BBC.

Lebih daripada 76% warga Korea Selatan keluar untuk membuang undi walaupun dalam cuaca yang bersuhu dingin. Park Geun-hye merupakan anak perempuan kepada bekas pemimpin tentera, Park Chung-hee. Kemenangan beliau sebagai presiden wanita pertama Korea Seltana dikatakan sebagai tanda perubahan kepada negara tersebut yang sebelum ini bergelut dalam masalah sexism.

Mengulas mengenai hubungan dengan Korea Utara pula, Park berkata beliau bersedia berunding secara terbuka dengan Pyongyang namun menegaskan langkah ke arah pelucutan senjata nuklear mesti dilakukan terlebih dahulu.

Agaknya adakah satu hari nanti akan ada perdana menteri Malaysia yang dilantik daripada golongan wanita? Di Indonesia dan Filipina juga pernah.

presiden-wanita-pertama-korea-selatan

Tiada ulasan

Catat Ulasan