Blog Informasi, Idea, Kreatif

11 Gambar Pemandangan Indah Dan Menakjubkan Dari China

gambar-pemandangan-indah-china

China yang merupakan negara ketiga terbesar di dunia menyimpan pelbagai khazanah alam yang mempunyai pemandangan yang sangat indah dan menakjubkan.

Oleh itu tidak hairanlah negara yang mempunyai penduduk paling ramai di dunia ini sering menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia, lebih-lebih lagi dengan tarikan utamanya iaitu tembok besar China.

Jadi untuk mengambil gambar seluruh pemandangan negara China dengan keluasannya yang sangat besar itu bukanlah tugas yang mudah, namun itulah yang cuba dicapai oleh Ed McGowan, seorang pengarah design dari PlainJoe Studios.

Berbanding dengan memenuhkan akaun Flickr beliau dengan semua gambar yang diambil, McGowan memutuskan untuk hanya memuat naik satu gambar setiap hari, yang diambilnya dari lapangan terbang Hong Kong hinggalah ke pemandangan gunung-ganang, sungai dan bangunan pencakar langit yang menakjubkan.

Dalam kebanyakan gambar yang diambilnya, gambar kesukaan beliau yang kebetulan juga merupakan paling banyak dilihat adalah pemandangan Sungai Li di China. Beliau menyifatkan pemandangan di situ seolah-olah seperti di dalam set filem The Lord of the Rings.

Bagaimana, sangat cantik bukan? Tengok gambar-gambar ni semua terasa macam nak melancong ke China pun ada.

guilin-china
kawasan-perumahan-china
pasar-malam-dong-hua-men-china
pemandangan-bandar-beijing-china
lapangan-terbang-hong-kong
pemandangan-bandar-shanghai-china
sungai-li-china
tembok-bandar-xi'an-china
tinggalan-sejarah-china
taman-yuyuan-china
Sumber dari My Modern Met

Tiada ulasan

Catat Ulasan