Boleh anda bayangkan bagaimana sebuah pulau yang didominasi sepenuhnya oleh kucing Kedengaran pelik, tapi itulah kisahnya tentang sebuah pulau kucing di Jepun ini.
Pulau kucing, atau juga lebih dikenali sebagai "Tashiro-jima" ini terletak berdekatan dengan bandar Ishinomaki di Jepun. Yang menariknya tentang pulau ini, anda boleh agak berdasarkan namanya, ianya dipenuhi dengan ratusan ekor kucing dan hanya terdapat kira-kira 100 orang penduduk, yang majoritinya berusia 65 tahun ke atas.
Ceritanya bermula pada abad ke-19 di mana Tashiro-jima merupakan sebuah pulau yang popular di kalangan nelayan untuk bermalam. Kucing-kucing yang terdapat di situ akan mengikut mereka ke tempat penginapan dan meminta makanan. Lama-kelamaan, para nelayan mula menyukai kucing-kucing tersebut dan mempercayai memberi makan kucing akan membawa tuah, kepercayaan yang masih diamalkan sehingga kini.
Mengikut cerita lagi, pada satu hari ketika seorang nelayan sedang mengumpul batu untuk digunakan pada jaringnya, sebuah batu terjatuh dan membunuh seekor kucing. Nelayan tersebut menanam kucing itu dan membina sebuah kuil untuknya. Hari ini, terdapat sekurang-kurangnya 10 buah kuil kucing di sana.
Penduduk yang tinggal di sana hari ini berharap kucing-kucing yang terdapat di sana boleh menarik pelancong dan seterusnya menjadi penduduk tetap di sana, memandangkan penduduk yang tinggal hanyalah yang sudah berusia.
Ternyata pulau ini mula mendapat sambutan di mana ramai pelancong yang datang untuk mengambil gambar kucing, memberi makan, membelai kucing dan semua aktiviti yang boleh dilakukan dengan kucing. Bagi sesiapa yang sukakan kucing tu, pulau ini mungkin tempat yang sangat menarik di mana bukan sahaja terdapat kucing yang sangat banyak merata-rata tempat, malahan terdapat juga tarikan lain seperti kuil kucing, bangunan yang berbentuk kucing dan macam-macam lagi.
Dan, yang paling penting sekali, sudah semestinya di pulau ini anjing adalah tidak dibenarkan. Kalau ada anjing pasti huru-hara juga jadinya, hehe.
ps: bagi sesiapa yang minat dengan stuff berkaitan dengan kucing ni, maybe boleh jenguk post tentang keretapi bertemakan kucing di Jepun ni. Jepun ni memang obses dengan kucing agaknya, haha.
Sumber dari MNN
haha comel!!!!
BalasPadamdua gambar terakhir tu
BalasPadammacam berpakat pulak
sama dan serentak je
hehe
pulau ni wajib jadi kunjungan peminat2 kucing. dua gambar last macam kucing buat tarian irama pulak hehe
BalasPadamhaha..comel3..
BalasPadamwah comelnya... kucing3 2
BalasPadamterbaik!
BalasPadam