Apa-apa sahaja rekaan ataupun inovasi yang dibuat di dunia ini semuanya bermula daripada imaginasi.
Dari imaginasi itulah pereka akan mengembangkan idea tersebut hinggalah terhasilnya produk akhir sesuatu idea.
Tapi banyak juga idea mahupun konsep yang gagal dan tergendala disebabkan beberapa faktor dan projek tersebut dibiarkan terbengkalai. Untuk memastikan sesuatu idea adalah bernas dan memenuhi kehendak pengguna, selalunya prototaip ataupun rekaan awal akan dibina untuk diuji.
Begitu juga halnya dengan rekaan ataupun design bagi sesebuah kereta. Selalunya bagi sesebuah kereta yang rekaan dan teknologinya adalah sedikit radikal dan bersifat revolutionary, pereka dan syarikat pengeluar kereta tersebut akan menghasilkan sebuah kereta konsep terlebih dahulu untuk dijadikan tatapan orang ramai sebelum dipertimbangkan untuk dipasarkan.
Namun kebiasaannya terdapat juga kereta-kereta konsep ini yang tidak dihasilkan untuk pasaran atas beberapa sebab seperti terlalu mahal, tidak praktikal untuk kegunaan harian atau hanya dihasilkan semata-mata untuk mempamerkan teknologi baru sesebuah pengeluar kereta. Apa-apa pun memang tak dinafikan rekaan kereta-kereta konsep ini memang sangat cantik dan menakjubkan walaupun hanyalah sebagai tatapan umum.
10. 1960 Plymouth XNR
9. BMW Active Tourer Concept
8. Ferrari Aliante Concept
7. Lamborghini Ankonian Concept
6. Lexus LF-CC Hybrid Concept
5. Lexus LF-LC Hybrid Concept
4. McLaren P1 Concept
3. Mercedes Benz Style Coupe Concept
2. SF1 Mercedes Benz
1. XKX Jaguar Concept
Sumber dari The Most 10
woooow keren keren tuh mobilnya jadi pengen beli tapi gak punya duit hemmm...... nice share brow kunjungan balik www.naufalthedarkness.blogspot.com
BalasPadam