Blog Informasi, Idea, Kreatif

Lebuh Raya 'Glow In The Dark' Yang Canggih Di Belanda

smart-highway-concept-netherlands

Pernah terfikir tentang lebuh raya glow in the dark?

Tidak lama lagi negara Belanda akan mula bereksperimen dengan menggunakan cat photoluminescent yang akan dicat di atas permukaan jalan raya.

Cat itu pula akan dicaj menggunakan cahaya matahari pada waktu siang dan kemudian bercahaya pada waktu malam untuk menjadi penanda kepada lorong, laluan trafik dan kesejukan cuaca.

Projek yang dinamakan Smart Highway ini direka oleh Studio Roosegaarde dan kumpulan pengurusan infrastruktur Heijmans. Ianya telah memenangi Best Future Concept dalam anugerah Dutch Design Awards.

Cat glow in the dark yang dijadikan sebagai penanda jalan raya ini selepas terdedah kepada cahaya matahari sepanjang hari, ianya mampu untuk bercahaya selama 10 jam pada waktu malam.

lebuh-raya-glow-in-the-dark

Selain daripada dijadikan penanda jalan raya, idea untuk mengimplementasi projek ini juga termasuklah rancangan untuk mengecat corak berbentuk emping salji pada atas jalan raya yang akan bercahaya semasa penurunan suhu dan ketika keadaan jalan raya menjadi licin.

Sebagai ujian kepada projek ini, lebuh raya di wilayah Braband akan dicat dengan cat khas penunjuk suhu cuaca pada pertengahan 2013 ini.

lebuh-raya-teknologi-hijau

Selain daripada projek ini, konsep Smart Highway ini juga merancang untuk melaksanakan beberapa projek lain seperti lorong induksi yang membolehkan kereta elekrtik dicaj semasa perjalanan di atas jalan raya, lampu interaktif yang akan bernyala apabila kereta melaluinya dan lampu berkuasa angin. Semua ini akan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun akan datang.

Untuk ketahui lebih lanjut, boleh tonton video di bawah. Bagaimana, menarik bukan teknologi hijau ini? Rasanya macam sudah melangkah ke masa hadapan pula.

Sumber dari Tree Hugger

2 ulasan

  1. Mesti driver rasa macam drive dlm game need for speed.

    *semua entri kat sini cool dan rare. better admin disable right click sebelum ada yg copy.

    BalasPadam
    Balasan
    1. oh, thanks for the advice. dah biasa kena copy, tak boleh buat apa lagi dah. hehe.

      Padam