Setelah beberapa bulan menjadi penganggur terhormat sejak keluar dari UiTM Shah Alam pada pertengahan Disember tahun lepas, timbul beberapa persoalan bagaimana cara terbaik untuk mengisi masa terluang sementara menunggu kemasukan Julai tahun ini.
Cari kerja? Kegawatan ekonomi yang melanda dunia dewasa ini yang memaksa banyak syarikat memberhentikan pekerja untuk mengurangkan kerugian telah membantutkan niat suci murni saya tersebut.
Daripada lepak di rumah tanpa membuat apa-apa selain daripada menonton televisyen, membaca buku mengenai quantum physics (fizik kuantum), membaca surat khabar dan keluar mengushar anak dara orang, ada baiknya jika saya memblogging diri ini.
Mungkin ini boleh menjana idea-idea baru yang bernas atau sekurang-kurangnya merasai pengalaman baru bergelar sebagai seorang blogger atau pemblog.
Salam dari Rembau.
Tiada ulasan
Catat Ulasan