Semalam saya berkesempatan menonton satu kisah realiti televisyen yang suam-suam menarik jugalah di saluran Astro Star World yang bertajuk Beauty and the Geek (si cantik dan si skema?). Tidak perlulah rasanya saya menerangkan segala-gala mengenai rancangan tersebut, kerana saya bukanlah minat sangat pun, walaupun pada hakikatnya saya malas nak tulis panjang-panjang.
Dalam episod tersebut si cantik ditugaskan mempelajari mengenai anatomi tubuh manusia manakala si skema pula mengenakan satu pakaian yang punya lakaran anatomi tubuh manusia yang lengkap di atasnya untuk membantu si cantik tersebut yang kita sedia maklum agak kurang jugalah kepandaian mereka.
Ya, pakaian tersebut memang amat amat meggelikan hati malah menyerlahkan lagi keskemaan si pemakai. Tak mengapa, saya juga seorang yang skema.
Perhatian saya sedikit tertarik kepada satu pasangan si cantik dan si skema ini yang sedang tekun mengulang kaji di satu biik. Si cantik terasa sedikit bingung kerana dengan kemampuan IQ yang dimilki beliau tidak mampu untuk menghafal kesemua nama-nama spesifik tubuh manusia tersebut dan si skema pula bukanlah seorang yang ahli dalam bidang biologi. Lebih kurang begini jugalah perbualan mereka tatkala itu:
Si skema : Well, biology is not my thing, I’m a physical science guy.
Si cantik : (sambil menunjukkan jari ke arah tubuh si skema yang punya lakaran anatomi tubuh dengan ekspresi muka yang tidak mengerti apa-apa) This is physical, it is your body...
................................
Saya terkesima seketika. Keliru dan tidak mengerti apakah perasaan yang harus saya ekspresikan.
Mungkin Einstein benar, kebodohan manusia memang tiada batasnya.
entah papela.... hahaha.. baru ak tahu ko skema...
BalasPadamye, saye mmg sorg yg skema..
BalasPadamhehe..