Blog Informasi, Idea, Kreatif

Ketamadunan Tahap Sifar

Ahli astronomi Russia yang bernama Nikolai Kardashev (bukan Kardashian ya) menyatakan bahawa secara teorinya tahap ketamadunan sesuatu tamadun di alam semesta ini boleh dibahagikan mengikut penggunaan tenaga dari perspektif kosmologi. Menggunakan hukum-hukum fizik beliau membahagikan kemungkinan-kemungkinan tahap ketamadunan kepada tiga, iaitu:


Tahap 1 : Tamadun yang mampu mengumpul dan menggunakan keseluruhan tenaga dalam planet yang didiami, seperti tenaga solar. Dianggarkan mampu mengumpul tenaga dari gunung berapi, memanipulasi cuaca, mengawal gempa bumi, dan membina bandar di atas lautan.

Tahap 2 : Mampu menggunakan keseluruhan kuasa dari sesuatu bintang, seperti matahari, dan membuatkan mereka 10 billion kali lebih berkuasa daripada ketamadunan tahap 1.

Tahap 3 : Mampu menggunakan keseluruhan tenaga di dalam sesuatu galaksi (secara perbandingan galaksi Bima Sakti yang kita diami mempunyai lebih dari 200 billion bintang) dan 10 billion kali lebih berkuasa daripada ketamadunan tahap 2. Dianggarkan mereka mampu menjajah berbilion sistem bintang dan mengeksploitasi kuasa yang dijana dari lubang hitam (black hole). Mereka juga berkebolehan bergerak bebas di antara galaksi dengan kecanggihan teknologi yang dimiliki, dan juga mampu sampai ke Bumi.


Maka timbul persoalan, Bumi kita sekarang ini berada di tahap yang keberapa?

Sebenarnya ketamadunan kita sekarang hanya mampu mencapi tahap sifar, atau lebih tepat lagi pada tahap 0.72, mengikut kiraan skala Kardashev (Kardashev scale). Ahli fizik menganggarkan kita mampu melakukan transaksi ke tahap 1 pada 100 atau 200 tahun akan datang, itupun jika ditakdirkan Tuhan. Wallahualam.

2 ulasan

  1. tamadun manusia memang lembab ke kf?

    BalasPadam
  2. mmg lombap gilo..
    kalo scare relatif tamadun mnusia skrg dikire sbg msh zaman primitif..

    BalasPadam