Hari ini saya menjalani pemeriksaan kesihatan di sebuah klinik swasta setelah 2 kali dikecewakan di hospital kerajaan dalam 2 daerah yang berlainan.
Minggu lepas saya kembara ke metropolis Seremban untuk menjalani beberapa fasa pemeriksaan kesihatan namun hanya kerana masalah komunikasi saya dipaksa mendaki gunung yang tinggi sebelum mendapat informasi dari seorang pekerja di kaunter pertanyaan hospital yang agak manis beruniform putih bahawa tempat yang harus saya tujui terletak di kaki gunung.
Walaupun gunung tersebut tidaklah setinggi Gunung Datuk mahupun Gunung Angsi yang kedua-duanya tak pernah langsung saya daki tapi saya tahu ianya tinggi kerana mengikut beberapa sumber yang boleh dipercayai, ianya tetap meletihkan, lebih-lebih lagi apabila pendakian dilakukan ketika terik panas mentari memuncak di sudut 180 darjah di atas kepala.
Ketika menjalani pemeriksaan kesihatan tadi pula saya dikejutkan dengan satu berita menyedihkan yang benar-benar bikin hati saya luluh dan kecamuk.
Didapati ketinggian saya antara tahun lepas dan hari ini tidak pernah berubah, masih sahaja di takuk yang lama, umpama kondisi jalan raya kampung saya yang menghubungi pekan berdekatan, masih sebegitu sahaja sifatnya, walaupun kita pernah digemparkan dengan peristiwa Mac 2008.
Aduhai. Saya kecewa.
Bukankah had peningkatan ketinggian manusia menjangkau hingga ke 21 tahun? Serasanya saya harus menjalani pemeriksaan kesihatan seawal pagi, barulah tinggi sedikit, walau cuma dalam 1 cm.
Tapi berat saya bertambah.
.................................................
Gendut pendek. (sigh)
Hahaha. sabar je ar.
BalasPadamxpe,msuk u nnti trun le blek..
BalasPadamheh..
hehe..
BalasPadamhg jgn riso..hg xley celen nyer ketinggian aku..hua3... =P
he2..ak taw,ko mmg tggi gle..haha..
BalasPadam