Minggu lepas hari Ahad benar-benar bikin saya lelah. Harus pulang ke kolej di Perak dari selatan Johor tepat pada masanya bukan satu hal mudah. Nak-nak pula dalam perjalanan ditemukan dengan pemandangan yang kurang menyeronokkan di mata.
Ketika itu saya menaiki bas dari Ipoh ingin ke Seri Iskandar pada waktu Maghrib atau pada definisi anak-anak kecil ‘waktu harus pulang selepas bermain jika tidak pasti emak membebel di pintu rumah’. Basnya padat dan muafakat. Separuh Malaysia separuh Indonesia dan wujud kumpulan kecil lain-lain.
Di sudut depan berhampiran pemandu berdiri beberapa orang remaja wanita dan seorang remaja lelaki yang boleh diragui juga kelakiannya. Masih bersekolah lagi rasanya. Bising mereka bukan main. Dibuat mereka umpama bas buruk berwarna hijau itu satu parti suka ria yang penumpang-penumpang lain sedang menari rancak mengikut irama.
Saya duduk di sudut tepi, memerhati. Senyap. Malas ingin bersuara walau kedapatan beberapa warga Indonesia yang berdiri di sebelah saya mula mengomel sesuatu. Memberi komen akan perilaku muda-mudi melayu tersebut mungkin.
Sampai di satu destinasi remaja-remaja tersebut turun. Masih lagi riuh dan bising. Tatkala di luar bas mereka menjerit-jerit riang sambil melambaikan tangan ke arah bas dan menggemakan laungan ‘bye’ dengan nada serentak, seumpama penumpang-penumpang di dalam bas itu rakan-rakan sekolah mereka pula dibuatnya.
Saya hanya mampu tersenyum, malu memikir dengan perilaku remaja bangsa sendiri. Beberapa warga Indonesia di sebelah saya masih mengomel namun kini nadanya tinggi sedikit. Mujur juga yang mengomel itu juga melayu, tetapi dari seberang, bukan bangsa lain. Jika tidak pasti lagi malu saya dibuatnya.
Dalam ngomelan dan sungutan mereka itu saya tak berapa nak faham akan apa yang dimaksudkan kerana dialeknya pekat benar, tapi perkataan pertama yang keluar dari mulut mereka benar-benar saya pasti.
Murahan...
aku rasa lah kan.lelaki memang tak suka kebisingan lah.aku rasa lah.adik adik aku pon cmtu.
BalasPadam:)
kalo bsg2 bese je xpe la kot..
BalasPadamni kalo siap ganggu org len,sape x mrh..
ko naik bas general ke kf?
BalasPadamyup,
BalasPadam