Harus saya akui, antara ketakutan utama saya tatkala menemui orang asing adalah ketika ditanya nama saya, terutamanya dalam majlis yang sifatnya formal. Rata-rata yang mengenali saya mungkin sudah mengetahui kenapa. Dalam saat tersebut saya berbelah bagi apa yang harus dijawab.
Haruskah saya menyebut nama penuh lengkap dengan binnya sekali.
Atau cukup dengan Faizul sahaja mungkin? (nama yang jarang sekali saya guna, walau pernah beberapa orang guru saya memanggil dengan nama tersebut, dan nama ini kadang kala saya guna sebagai penutup kelemahan)
Hendak tidak hendak terpaksa juga disebut Khairil sebagai jawapan. Reaksi yang saya terima pelbagai. Terkadang menduga kesabaran. Dan pernah seorang dua memberi reaksi yang tidak boleh diterima akal..
"Hah, KELVIN?"
ahaha...sebut kf ja sudah..ringkas n padat..lalala~ :P
BalasPadam