1. Saya rasa hidup saya sekarang macam sedang bina istana pasir di tepi pantai. Belum sempat istana tersebut nak siap, ombak datang dan hancurkan istana tersebut dengan kejam. Kemudian saya bina satu yang baru, dan ombak datang lagi menjahanamkan segala usaha saya. Proses tersebut berulang-ulang sampai pada satu tahap saya dah tak sanggup lagi nak teruskan, saya terasa mengalah. Saya rasa harapan semua dah hilang. Saya rasa penat dan dah tak tahu nak buat apa lagi.
2. Sekarang saya rasa takut, mungkin fobia, untuk mengangan-angankan sesuatu yang membahagiakan, kerana saya tahu, pada akhirnya, angan-anganan saya itu akan dihancurkan dengan kejam oleh realiti kehidupan. Saya rasa takut untuk dikecewakan lagi untuk kali yang entah keberapa. Saya bukan pesimis, saya cuma menjadi seorang realis.
3. Baru-baru ini saya terpaksa mengambil beberapa hari cuti semata-mata untuk menghilangkan rasa depress yang semakin hari semakin teruk ini. Saya sanggup buat apa sahaja asalkan perasaan yang membunuh ini dapat hilang. Saya perlukan satu escapism. Tapi lebih malang jika escapism itu sendiri membuatkan saya bertambah depressed.
4. Saya sudah buntu. Segala harapan saya seperti sudah hilang. Saya bangun pagi dan saya terasa penat untuk terus hidup.
5."Dialah Tuhan Yang telah menurunkan hujan setelah mereka (manusia) berputus asa dan Dia sentiasa menyebarkan rahmat-Nya serta Dialah Tuhan yang mengurniakan pertolongan dan Tuhan Yang Maha Terpuji. (asy-Syura: 28)."
Tiada ulasan
Catat Ulasan