Blog Informasi, Idea, Kreatif

Mari Belajar Bahasa Inggeris Cara Seronok

Anda bosan dan tidak seronok mempelajari bahasa Inggeris di kelas kerana cikgu-cikgu atau pensyarah-pensyarah anda adalah sangat skema dan sering membuat lawak yang tidak menjadi yang akhirnya beliau hanya tertawa keseorangan di hadapan kelas? Jadi bagaimanakah caranya bagi pihak sekolah atau universiti untuk menarik minat pelajar untuk mempelajari bahasa Inggeris selain meletakkan tenaga pengajar yang cantik, seksi dan mampu membuatkan anda tertawa walaupun lawak mereka tidaklah sekelakar mana dan kadang-kala sangat lame? Salah satu caranya adalah dengan menerapkan prinsip 'learning English should be fun!'.

Dan video yang saya jumpa di Youtube ini memang menerapkan prinsip tersebut dengan secara efisyennya. Semoga selepas menonton video ini anda dapat meluaskan vocabulary anda dan menggunakannya dalam kehidupan seharian, tidak kira ketika bersembang dengan rakan di kedai mamak, ketika membalas mesej kekasih, ataupun ketika sesi interview mencari kerja kerana untuk menarik perhatian interviewer anda haruslah menggunakan bahasa Inggeris yang high standard yang mampu menampakkan ciri-ciri kebijaksanaan anda. Selamat menonton!


3 ulasan