Blog Informasi, Idea, Kreatif

Seluar Yang Di-recycle Daripada Botol Bir


Bersempena dengan Earth Day semalam, yang menurut George Carlin "one more arrogant attempt by human to control nature", pereka-pereka fesyen di Bonobos telah memikirkan satu idea yang *brilliant* untuk menyelamatkan planet bumi, iaitu mereka sepasang seluar denim yang dikitar semula daripada botol bir. Seluar ini diperbuat daripada 23 peratus bahan sintetik daripada benang-benang pada botol bir. Bahan selebihnya terdiri daripada benang kapas, dan anda tidak perlu bimbang kaca-kaca botol Carlsberg tersebut mencucuk skrotum anda kerana mereka menggunakan botol-botol bir plastik.Sehelai berharga 135 US dollar dan anda boleh cekidout di sini. Saya tidak pasti pula apa hukumnya orang Islam membeli dan memakai seluar ini.

Mungkin untuk Earth Hour mereka boleh mencipta seluar yang glow in the dark pula. Just a thought.


2 ulasan

  1. benang from beer bottle? where did they come from O.O

    BalasPadam
  2. actually fiber dari plastic beer bottle direcycle untuk dijadikan benang. credit: google :)

    BalasPadam