Blog Informasi, Idea, Kreatif

Penunggang Motosikal Yang Melebihi Had Laju Sambil Menujukkan Jari Tengah Kepada Polis

Seorang penunggang motosikal dari Jerman yang berkali-kali menunggang melebihi had laju menunjukkan tahap badass beliau dengan mempamerkan jari tengah kepada kamera penguatkuasaan trafik. Pihak polis di Munich telah menyiasat penunggang tersebut sejak dari pertengahan Mac lalu apabila kamera had laju menangkap beliau yang menunggang motosikal 125cc memecut pada dua kali hadlaju yang ditetapkan iaitu 37mph. Penunggang yang sama telah dikenalpasti melakukan kesalahan yang sama sebanyak 26 kali sambil menjukkan isyarat lucah, namun pihak polis gagal mendapatkan bukti pengenalan beliau kerana nombor plat motosikal tersebut telah ditanggalkan terlebih dahulu.

Pencarian selama sebulan oleh pihak polis akhirnya berjaya menangkap penunggang tersebut dan telah dikenalpasti berusia 17 tahun. Remaja tersebut yang mengaku melakukan kesalahan tersebut telah didenda sebanyak $5460 dan lesen beliau telah digantung selama lebih daripada 700 hari, selain motosikal beliau turut disita. 

Dengan jumlah denda yang agak ridiculous dikenakan terhadap beliau, mungkin menunjukkan jari tengah itu sendiri juga merupakan satu jenayah.

"FFUUUU!"

Tiada ulasan

Catat Ulasan