Blog Informasi, Idea, Kreatif

Amuk Di JPM: Blog Jaya Negara,Imam Mahadi dan Apa Kisah Seterusnya

amuk-di-jpm

Setelah dua hari kejadian amuk di JPM berlalu, peristiwa menggemparkan ini masih lagi menjadi tajuk bualan tidak kira di media massa ataupun kalangan orang ramai.

Mungkin ramai yang dah tahu, lelaki yang mengamuk bersenjatakan pedang samurai tempoh hari, Khalil Afandi Abd Hamid, 47 merupakan seorang pemilik blog yang baru sebulan lebih usianya, iaitu Jaya Negara. Setakat ini blog tersebut tidak boleh lagi diakses tapi nasib baik saya sempat habiskan bacaan blog tersebut yang mempunyai 17 artikel semuanya semalam.

Blog Jaya Negara

Blog tersebut yang menjadi siasatan polis sekarang saya lihat banyak memaparkan isu-isu ketuhanan yang mungkin boleh dikatakan sesat dan sukar difahamai. Bahasa yang digunakan si arwah juga boleh disifatkan melayu tinggi, sebab tu ada yang kata tak berapa nak faham blog dia.

Perjuangan si arwah juga kurang jelas. Nak dikatakan penyokong kerajaan, dia ada juga menyelar pimpinan Dato Seri Najib dan kerajaannya, malahan raja-raja melayu. Nak dikatakan penyokong pembangkang, tak juga sebab Tuan Guru Nik Aziz dan Dr Haron Din juga habis dibantainya. Yang pasti si arwah merupakan seorang pengagum Tun Mahathir dan menentang kuat institusi raja-raja melayu. Si arwah juga ada menyelar beberapa tokoh ulama seperti Dr Harussani, Dato Noh Gadut, Ustaz Kazim Elias dan juga Dr Asri (tentang Dr Asri tidak disebut dalam blog, tapi saya lihat dari Facebook si arwah).


Saya juga yakin Muhdalina, 28 yang turut sama bersama arwah Khalil dalam kejadian amuk itu baru berkenalan melalui blog itu, kerana dapat dilihat setiap artikel si arwah akan dikomen oleh orang sama yang menggelarkan dirinya Dhada, yang dalam komennya pernah menyebut berusia 28 tahun. Dhada itu juga dapat diyakini adalah Muhdalina sendiri berdasarkan komen-komen beliau yang menyetujui perjuangan si arwah dan sering bertanyakan isu-isu ketuhanan selain dilihat agak taksub dengan tulisan-tulisan si arwah. Selain itu mereka berdua juga seolah-olah ada merancang sesuatu. Apa yang dirancang, mungkin serangan tempoh hari.

Dalam berita dikhabarkan Jakim sedang memburu kumpulan yang dianggotai si arwah. Tapi apa yang saya baca dari blog tersebut, perjuangan si arwah seolah-olah macam terpinggir dan hanya ada beberapa teman iaitu Dhada dan dua,tiga orang lagi, yang rasanya tak perlulah disebut, pihak berkuasa pun mungkin sedang menyiasat mereka.


Motif Serangan Amuk Di JPM

Mungkin ada yang tertanya-tanya apa motif arwah dan rakannya mengamuk di JPM. Siasatan awal mendapati arwah seorang yang tak siuman, yang mungkin betul juga sebab saya baca arwah ni seolah-olah tertekan dengan hidup sejak dari kecil lagi. Ada yang cakap ingin menggulingkan kerajaan. Itu pun rasanya betul juga berdasarkan tulisan di blog arwah yang sempat saya copy paste semalam:


"Maka mana-mana atau pun sesiapa yang menyebabkan Islam terhalang untuk disebarkan adalah musuh Islam. Sesiapa yang menjadikan Islam nampak sebagai ugama yang 'bodoh' adalah musuh Islam. Sesiaapa yang menjadikan umat manusia yang lain benci dan meluat dengan Islam adalah musuh Islam. Walaupun kamu adalah Raja-raja yang berdaulat termasuk Kerajaan Brunei. Semua yang aku nyatakan diaatas adalah parasit-parasit dalam ugama Islam. Ini dia musuh Islam sebenar. Nantikan kemunculan aku.

Mana-mana alim ulama yang bersekongkol dengan PARASIT-PARASIT juga adalah musuh bagi aku. Semua kamu pasti akan ku beri ruang untuk bertaubat. Pastinya. Selepas semua ruang kemaafan ku tutup. Semuanya kamu akan aku musnahkan. Satu.. satu.. satu... seterusnya semua kamu. Akan aku musnahkan semuanya. Aku akan menghadapi kamu dari hadapan semasa kamu sedar dan bernyawa. Aku akan merampas kuasa itu dari jantung-jantung kamu. Kesemua ini adalah kebenaran. Aku bukan seorang pendusta Ugama."


Oklah. Motif dah ada. Tapi apa gilanya hanya bersenjatakan katana dan hanya dua orang? Nak gulingkan kerajaan apa begitu? Satu sebab mungkin juga si arwah ni tak berapa siuman, dan satu sebab mungkin dia terlalu yakin dengan 'ilmu' yang dimilikinya. Baca apa yang arwah tulis di blog beliau:


"Aku ini kebal dengan segala jenis senjata maupun undang-undang manusia aku pun tak tahu kenapa. Dulu diusia remaja 19..... 30 aku terlibat dengan banyak jenayah -jenayah kecuali rogol, zina dan membunuh. Selain dari jenayah itu aku buat yakni merompak, dadah dan pukul orang. Aku ini ibarat halimunan. Polis macam tak nampak aku.

3 jenis jenayah ni aku sangat pakar. Pada usia 30 aku tinggalkan semuanya. Aku dah bertaubat dan kini aku ingin menyumbang bakti pada semua kamu."


Mengaku Imam Mahadi

Pasal si arwah mengaku dirinya imam Mahadi itu pula, tidak disebut dalam blog beliau. Apa yang disebut hanyalah si arwah merupakan pengagum imam Mahadi dan sedang tertunggu-tunggu kedatangannya, selain mengatakan beliau tidak layak nak disamakan dengan imam Mahadi. Tapi apa yang menyebabkan si arwah mengaku imam Mahadi, mungkin beliau terasa berkuasa dan mula delusional apabila mula mempunyai pengikut (hanya beberapa orang sahaja) sejak mula menulis di blog. Harus difahamkan begitu juga caranya mana-mana cult yang ada di dunia ini bermula. Ketua cult mula rasa berkuasa apabila ada pengikut. Tak ada pengikut, tak ada cult.

Persoalan

Apa yang berlaku semua ini sekurang-kurangnya menimbulkan dua persoalan, bagi sayalah, yang perlu kita tanya pada diri sendiri:

1. Keselamatan orang awam di Malaysia. Apa yang menyebabkan kejadian sebegini boleh berlaku, mungkin hanya kes terpencil atau mungkin juga disebabkan rasa tidak puas hati dengan keadaan di negara kita ini. Kira nasib baik juga serangan ini tidak dirancang dan hanya bersenjatakan katana. Bayangkan jika yang mengamuk sudah merancang terlebih dahulu dan bersenjatakan senjata api. Tak ke naya. Kita tak nak kejadian serangan yang berlaku di Norway tahun lepas terjadi di Malaysia, yang berpunca daripada rasa tidak puas hati dengan kerajaan. Yang terlibat pun hanyalah seorang, iaitu Anders Behring Breivik tapi telah mengorbankan lebih 80 orang dan mencederakan beribu orang awam.

2. Pemikiran kita yang terlalu party-centric. Apabila keluar berita kejadian amuk nak menggulingkan kerajaan sambil melaungkan takbir, penyokong barisan cakap itu kerja orang Pas. Orang pakatan pula cakap itu konspirasi kerajaan nak menyalahkan pakatan pembangkang. Semua saling tuduh-menuduh, padahal berita terperinci pun tak keluar lagi. Last-last, orang kerajaan pun tidak, pembangkang pun tidak. Mungkin ini perlu kita lihat.

Kesimpulan

Sebenarnya apabila membaca blog si arwah, sebak juga rasa hati bagaimana semua boleh jadi begini. Dikhabarkan arwah yang sudah berkeluarga merupakan seorang yang baik dan peramah. Mungkin kerana tekanan hidup arwah mula mencari tuhan, belajar tanpa guru dan akhirnya menjadi terlalu taksub. Inilah akibatnya jika sudah terlalu taksub. Jadi pengajaran juga kepada kita semua.

Wallahualam..

3 ulasan

  1. satu entry yang padat... mohon baca di sini juga

    BalasPadam
  2. Dulu Keding Sekarang Kembang15 Julai 2013 pada 1:06 PTG

    "Aku ini kebal dengan segala jenis senjata maupun undang-undang manusia aku pun tak tahu kenapa. Dulu diusia remaja 19..... 30 aku terlibat dengan banyak jenayah -jenayah kecuali rogol, zina dan membunuh. Selain dari jenayah itu aku buat yakni merompak, dadah dan pukul orang. Aku ini ibarat halimunan. Polis macam tak nampak aku."

    Itu dulu bro, mase umo 19-30, mase tuh badan slim lagi...kurus keding jer...mungkin la polis tak nampak....tapi mase insiden nie umo dan 47 tahun...badan yang dulu keding skrg dah kembang semacam...ilmu da tak jalan lagi...polis dari jauh dah boleh nampak dan tembak..hehehe

    Ape2 pun Al Fatihah pada beliau...moga roh ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Amin.

    BalasPadam