Blog Informasi, Idea, Kreatif

Koleksi Pinggan Mangkuk Diperbuat Daripada Tayar Kitar Semula

bekas-makanan-tayar-kitar-semula

Tayar kereta dikitar semula dijadikan koleksi pinggan mangkuk dengan bentuk yang unik dan menarik oleh pereka dari Belanda.

Tapi adakah ianya selamat dijadikan bekas makanan?

Anda sudah bosan dengan koleksi pinggan mangkuk kaca yang berlambak dalam almari di rumah, yang kebanyakannya anda dapat percuma selepas membeli serbuk pencuci?

Designer dari Belanda, Debbie Wijskamp yang mungkin mempunyai terlalu banyak masa lapang, atau dalam kes ini, terlalu banyak tayar-tayar lama sampai nak dibuat tempat tanaman bunga pun sudah berlebih, telah mereka koleksi pinggan mangkuk daripada tayar lama.

Waa. Seriously? Tayar yang anda pasang pada kereta bawak atas jalan langgar tahi lembu tu?

mangkuk-dengan-penutup

Koleksi yang juga digelar Black Ruby ini diperbuat dengan menggabungkan serpihan tayar dikitar semula bersama polyurethane untuk mengikat campuran tersebut menjadi batu-batu kecil, yang kemudiannya akan disusun ke dalam satu bekas hiasan.

Hasil seni ini kalis air tetapi tidak selamat untuk menjadi bekas makanan. Jadi janganlah memandai-mandai dah beli pinggan mangkuk ni dibuat isi nasi dan lauk-pauk dihidang kepada mak mertua. Mati keracunan orang tua tu nanti. Haha.

Jika nak beli bolehlah order di website designernya, Debbie Wijskamp.

pinggan
pinggan
koleksi-pinggan-mangkuk
koleksi-2
bekas-makanan-2

Sumber dari CoDesign

Tiada ulasan

Catat Ulasan