Blog Informasi, Idea, Kreatif

NGERI! 100 Orang Rentung Terbakar Cuba Cedok Minyak Tumpah

100-rentung-cedok-minyak-tumpah

Lebih 100 orang yang cuba mencuri minyak petrol yang tumpah daripada lori tangki yang terbalik maut terbakar apabila kenderaan itu disambar api di Nigeria.

Peh. Tak tahulah nak cakap apa. Ini mungkin akibatnya apabila kebodohan dan ketamakan bersatu. Kejadian menyayat hati yang berlaku di Pelabuhan Harcourt di Nigeria ini mengorbankan lebih 100 nyawa, di antaranya wanita dan kanak-kanak yang menjadi mengsa rentung, sementara berpuluh-puluh yang lain mengalami kecederaan serius.

Semasa kejadian lori tangki tumpah berlaku, pihak tentera telah memberi amaran bahawa kebakaran boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Namun apa nak dibuat, mungkin nafsu tamak haloba telah menguasai diri sehingga membuatkan orang hilang pertimbangan kadang-kadang.

Lebih 85 orang mangsa kemudian dikebumikan dalam satu kubur.
Menurut Ketua Suruhanjaya Keselamatan Jalan Raya Persekutuan, Koyade Olagunju, lori tangki tersebut terbalik kerana cuba mengelak tiga buah kenderaan dari arah bertentangan.

Tidak lama kemudian, beratus-ratus penduduk tempatan di Ahoada memenuhi lokasi kejadian untuk mencedok minyak yang tumpah. Kebanyakan mangsa yang mati ialah pemandu teksi.

Beberapa buah jengkaut dibawa untuk menggali kubur besar untuk mengebumikan mangsa yang mayat mereka rosak teruk dan sukar untuk dikenal pasti atau diangkat ke tempat lain. Menilai kepada tahap kecederaan mangsa yang dirawat di hospital, jumlah kematian mungkin akan terus meningkat.  


Kebocoran minyak dan kemalangan lori tangki sering berlaku di negara Afrika yang kaya dengan hasil minyak itu. Pada Oktober 1998, lebih 1000 orang maut di Jesse, negeri Delta apabila sebuah paip saluran minyak meletup ketika orang ramai sibuk hendak mencuri minyak.


paip-minyak-nigeria

Tapi pelik ya, negara Nigeria merupakan antara pengeksport minyak terbesar dunia tapi rakyatnya hidup dalam kemiskinan sebegini sampai minyak tumpah pun sanggup nak dicuri hingga tak fikirkan nyawa masing-masing. Nigeria memperoleh berbillion dollar dari hasil penjualan minyak tapi mengikut data, kira-kira 70% rakyatnya hidup di bawah paras kemiskinan.

Jadi di mana silapnya? Kerajaan yang korup? Mentaliti rakyat kelas ketiga? Atau konspirasi syarikat minyak dunia yang cuba mengeksploitasi negara dunia ketiga, seperti yang didedahkan oleh Wikileaks?

Sumber: AFP

Tiada ulasan

Catat Ulasan