Blog Informasi, Idea, Kreatif

20 Fotografi Menakjubkan Dari Pertandingan Foto National Geographic

Pertandingan National Geographic Traveler Photo Contest yang dianjurkan setiap tahun oleh National Geographic baru sahaja tamat tarikh tutupnya.

Pertandingan yang menarik lebih daripada 12,000 penyertaan ini akan diumumkan pemenangnya tidak lama lagi.

Terdapat empat kategori fotografi yang dipertandingkan iaitu travel portaraits, outdoor scenes, sense of place dan spontaneous moments. Bagi sesiapa yang meminati fotografi ataupun nak melihat keindahan fotografi yang diambil oleh setiap peserta yang setiap satunya memang menakjubkan dan mengagumkan, anda boleh pergi ke website National Geographic Traveler.

Antara lebih kurang 12,000 fotografi yang dipertandingkan, di sini dipilih 20 fotografi dari pertandingan National Geographic Traveler Photo Contest tersebut yang memang sangat menakjubkan! Cekdemout!

gajah-di-afrika
 Seekor gajah yang kesedihan akibat kehilangan rakannya, memegang gading bangkai tersebut dengan belalainya sebaik lepas menghalau haiwan pemangsa

Tasik-Tamblian-Bali-Indonesia
 Pemandangan yang indah di Tasik Tamblian di Bali, Indonesia

Cloud-break-fiji
 Seorang peluncur yang sedang meluncur melawan arus ombak di Cloud Break, Fiji

maiko
 Seorang maiko (penghibur tadisional Jepun geiko ketika dalam latihan) di Kyoto bernama Toshimana ketika gambarnya diambil

lava-aktif-di-kalapana-hawaii
 Jurugambar Dallas Nagata White yang secara spontan dicium oleh suaminya ketika hujan di tengah-tengah aliran lava yang aktif di Kalapana, Hawaii

belon-udara-panas
 Gambar yang diambil di Artic Bay yang dikhabarkan merupakan latitud tertinggi pernah dilalui oleh belon udara panas

tugu-buzludzha-bulgaria
 Tugu Buzludzha yang terletak di paras ketinggian 1441 meter ini dibina oleh rejim komunis Bulgaria dibuka pada tahun 1981. Tidak lagi diselenggara oleh kerajaan Bulgaria, ianya kini tidak digunakan lagi.

taufan
 Taufan mesocyclone supercell yang dikesan berhampiran sempadan Nebrask-Kansas pada waktu malam 22 Jun 2012

wanita-nomad-memerah-susu
 Seorang wanita nomad yang sedang memerah susu di Sichuan, China

muzium-vatican
 Pemandangan dari atas tangga berputar di Muzium Vatican

yunan-china
 Pemandangan teres gunung yang menakjubkan di Yunan, China

flamingo
 Sekumpulan flamingo yang sedang beterbangan di udara. Perasan ada seekor yang tertinggal?

puting-beliung
cayo-arena
 Ikan-ikan sedang berenang di perairan Cayo Arena di Punta Rucia

lembu-laut
 Yo, wassap?

tasik-tekapo-new-zealand
 Setiap bulan Disember, bunga lupins akan berkembang mekar di sekitar Tasik Tekapo, New Zealand

pokok-baobab-madagascar
Pokok-pokok Baobab di Morondava yang terletak di pantai barat Madagascar. Pokok baobab dianggap suci oleh kaum Malagasy dan ada di antara pokok tersebut berusia lebih seribu tahun. Bagi yang pernah baca, saya pernah cerita pasal pokok baobab ni dalam entri 10 Pokok Tercantik Di Dunia

Sumber dari Bored Panda

Tiada ulasan

Catat Ulasan