Blog Informasi, Idea, Kreatif

Pekerja Di Pentagon Diberi Amaran Supaya Tidak Lagi Melayari Laman Web Lucah

peluru-berpandu

Agensi Pertahanan Peluru Berpandu Pentagon memberi amaran tegas kepada kakitangannya dan kontraktor yang berurusan supaya berhenti menggunakan komputer di tempat kerja untuk melayari laman web lucah.

Dilaporkan terdapat beberapa kejadian pekerja ditangkap kerana melayari dan mendownload video lucah di situ, lapor pengarah agensi tersebut.

Menurut beliau, perbuatan itu bukan sahaja tidak profesional, malahan mengurangkan kecekapan di tempat kerja, melanggar peraturan yang ditetapkan Jabatan Pertahanan dan mendedahkan network agensi tersebut kepada malware atau virus yang boleh menjejaskan keselamatan sistem komputer di situ.

Jurucakap kepada agensi tersebut berkata amaran tersebut merupakan respons kepada kejadian beberapa pekerja yang mendownload beberapa fail dari laman-laman web tertentu yang disyaki dijangkiti oleh malware dan virus.

Pakar keselamatan siber dari kerajaan Amerika Syarikat berkata banyak laman web yang dijangkiti oleh virus, dan agensi perisikan asing, termasuk dari Russia telah dikenalpasti menggunakan laman web tersebut untuk mencuri maklumat dari komputer kerajaan.  

Pekerja-pekerja di Agensi Pertahanan Peluru Berpandu Pentagon tersebut telah diberi amaran bahawa ianya bukan sahaja menjejaskan keselamatan negara malahan berdepan dengan risiko dibuang kerja.

Ok. Ini memang sangat lawak. Tapi sekurang-kurangnya mereka melihat 'something' yang seolah-olah macam peluru berpandu. Tapi pelik juga ya, tak kan lah dengan agensi canggih macam Pentagon, komputer mereka tak diblock untuk melayari laman-laman web macam tu. Sedangkan kat tempat-tempat kerja yang biasa pun nak buka Facebook dan Twitter pun tak boleh. Hmm.

Sumber dari Bloomberg

Tiada ulasan

Catat Ulasan