Untuk hampir satu abad, penduduk di sebuah perkampungan di India berjudi dengan nyawa masing-masing apabila kediaman mereka terletak betul-betul di atas medan arang batu yang terbakar.
Lebih malang lagi apabila rumah-rumah mereka tenggelam ditelan bumi, kadang-kadang bersama penghuninya sekali.
Perkampungan yang terletak di Jharia, India itu terletak di atas medan arang batu yang perlahan-lahan memakan tanah di situ. Arang batu merupakan sumber asli yang berharga di India dan disebabkan itu, terdapat beberapa dakwaan yang menyatakan kejadian itu berpunca daripada kerajaan.
Tiada kiraan rasmi berhubung berapa ramai kematian yang telah dicatatkan akibat daripada ditelan ke dalam tanah yang berapi itu atau kematian akibat masalah kesihatan, namun menurut penduduk setempat beribu rumah telah musnah, termasuk kejadian yang meranapkan 250 buah rumah dalam masa hanya dua jam pada tahun 1995.
Penduduk yang masih ada tinggal dalam ketakutan jika rumah mereka pula akan ditelan. Contohnya pada tahun 2006, seorang gadis, Mira Kumari berusia 14 tahun lenyap ketika sedang memasak apabila rumahnya tenggelam 50 kaki ke dalam tanah. Mayatnya tidak dapat dikesan.
Mereka yang tinggal di kawasan itu menyalahkan syarikat arang batu di India kerana membiarkan api tersebut terus terbakar, dengan harapan penduduk akan meninggalkan kediaman mereka supaya syarikat-syarikat tersebut boleh mengeksploitasi arang batu di kawasan tersebut yang dianggarkan bernilai kira-kira 12 US billion dollar.
Lebih-lagi dengan permintaan tenaga yang semakin meningkat di India sehingga tidak mampu menampung keperluan hingga mengakibatkan gangguan bekalan elektrik terburuk di dunia yang melibatkan 600 juta orang di negara itu baru-baru ini.
Kira-kira 180 buah keluarga yang tinggal di Bokapahadi, antara kawasan termiskin di Jharia telah ditawarkan program penempatan semula oleh kerajaan tetapi peluang mereka untuk berpindah ke bandar berdekatan seolah-olah hanya sekadar janji-janji manis. Rumah yang ditawarkan hanyalah rumah-rumah buruk yang hampir roboh, malah terlalu jauh dari tempat kerja yang perjalanan pergi balik dari tempat kerja menelan hingga kira-kira sepertiga gaji mereka setiap bulan.
Lebih teruk lagi 17,000 US Dollar yang diperuntukkan setiap seorang untuk memindahkan penduduk tidak diagihkan secara adil kerana ianya perlu melalui karenah birokrasi yang teruk dan korup di mana setiap pegawai yang berurusan akan mengambil bahagian masing-masing.
Selain itu, arang batu berharga yang mula kehabisan itu mendapat perhatian meluas daripada ahli politik yang korup, syarikat arang batu dan tidak kurang juga 'coal mafia' yang akhirnya menyukarkan lagi kehidupan penduduk-penduduk di Jharia.
Kehidupan bagi penduduk Jharia umpama sudah jatuh ditimpa tangga. Sudahlah penempatan mereka musnah ditelan bumi dan kehilangan ahli keluarga dan sahabat terdekat, malah disempitkan lagi dengan perebutan oleh ahli politik yang korup dan syarikat yang ingin mengekspolitasi untuk menjana keuntungan.
Capitalism at it's worst.
Sumber dari LA Times
Tiada ulasan
Catat Ulasan