Sebelum ini saya pernah cerita tentang kampus paling nikmat di dunia yang terletak di Copenhagen, Denmark.
Memandangkan saya ini seorang (bekas dan bakal) mahasiswa dan saya yakin ramai di luar sana juga merupakan mahasiswa, jadi kali ini saya nak cerita pasal 10 kampus universiti paling cantik di dunia pula.
Apabila belajar, suasana sekeliling memang memainkan peranan yang penting. Agak mustahil untuk absorb seratus peratus apa yang kita belajar kalau tempat belajar tersebut bising, semak-samun, berbau dan tak selesa dipandang.
Sebab itulah kampus atau kolej kediaman memainkan peranan yang penting sebab di situlah mahasiswa menghabiskan hampir separuh daripada hari mereka selain di kuliah, terutamanya pada waktu malam di mana memang kita sedia maklum waktu malam merupakan waktu paling menangkap untuk belajar.
Tapi kalau kampus pun dah macam apartmen tahun 70 an, tiap-tiap malam bising dengan budak-budak berlari-lari, terjerit-jerit, penuh dengan sampah, fasiliti belajar yang tak lengkap (kerusi dan meja contohnya), memang mustahil untuk mewujudkan suasana belajar yang kondusif.
Lebih-lebih pula dengan jumlah pengambilan pelajar yang semakin bertambah setiap tahun tetapi kemudahan fasiliti tidak ditambah, memaksa pelajar untuk menyewa rumah di luar. Untuk menjimatkan duit sewa pula, selalunya student akan sewa ramai-ramai dalam sebuah rumah atau apartment dan cram sesak-sesak dalam tu. Lagilah susah nak belajar.
Jadi tak nak cakap banyak, di sini ditampilkan 10 kampus universiti paling cantik di dunia. Bagi mereka yang tinggal di kampus ala-ala apartment murah atau rumah sewa sempit tu diharapkan dapat bersyukur sebab nanti dikatakan tidak mengenang jasa kerajaan pula. Lol.
Cite a Docks by Cattani Architects - Le Havre, France
Dibina daripada bekas-bekas kargo perkapalan, kampus kediaman yang moden ini dilengkapi dengan bilik mandi dan dapur sendiri. Rekabentuknya diangkat sedikit daripada tanah untuk mewujudkan ruang bagi tempat letak basikal, taman dan tempat untuk berteduh.
The Campagneplein Dormitory at University Twente by Arons & Gelauff Architects - Enschende, Netherlands
Apa yang menariknya mengenai kampus kediaman berketinggian 9 tingkat ini adalah salah satu sudutnya adalah climbing wall yang merupakan kedua tertinggi di Netherlands. Siapa yang terasa nak adventure pergi kelas tu mungkin boleh turun atau naik bilik dengan cara wall climbing. Haha.
"Smarties" at Utrecht University by Marlies Rohmer - Utrecht, Netherlands
Antara ciri-ciri menarik ialah buaian gergasi di mana kampus kediaman yang dihiasi dengan rekabentuk pixel pada bahagian luarannya ini dibina khas untuk masalah kekurangan rumah bagi anak-anak muda di Utrecht. Ianya agak padat di dalamnya tetapi masih nampak cantik juga.
Simmons Hall at MIT by Steven Holl - Cambridge, Massachusetts, US
Walaupun bangunan ini kelihatan agak besar (195,000 kaki persegi), namun ia hanya menempatkan seramai 350 orang pelajar dan dilengkapi dengan teater 125 tempat duduk, kafe waktu malam dan kemudahan yang canggih dan amat selesa.
Tietgen Dormitory by Lundgaard & Tranberg Architects - Copenhagen, Denmark
Kediaman yang terletak di Denmark ini pernah ditampilkan sebelum ini di blog ini. Boleh baca selanjutnya di sini.
Willow Street Residence Hall at Tulane University by Mack Scogin Merrill Elam Architects - New Orleans, Louisiana, US
Kolej ni dah macam rumah banglo mewah pula. Pasti heaven gila kalau dapat tinggal di sini.
McMurthy College at Rice University by Hopkins Architects - Houston, Texas, US
Dewan makan yang memang sangat awesome. Haha.
Taliesin Shelters at the Frank Lloyd Wright School of Architecture - Scottsdale, Arizona, US
Struktur yang direka dan dibina sendiri oleh student ini terletak di perkarangan alam semulajadi di sekeliling kampus dan ditawarkan kepada student sebagai tempat tinggal semasa menghadiri kuliah. Sangat cool!
Student Housing by Bevk Perovic - Poljane, Slovenia
Perumahan bagi para pelajar ini terletak betul-betul di pinggir bandar yang sibuk. Untuk menghalang bunyi-bunyi yang tidak diingini, arkitek bagi projek ini telah mereka panel aliminium berlipat, selain menambah unsur-unsur astetik pada bangunan ini.
M6B1 Student Housing by JDS Architects- Paris, France
Projek yang masih dalam peringkat konsep ini bersifat moden dengan tema kehidupan hijau di mana ianya diintegrasikan dengan pokok-pokok dan pasu-pasu bunga yang bergantungan. Bak kata orang, green is the new black.
Sumber dari Flavorwire
Tiada ulasan
Catat Ulasan