Dalam kebanyakan masyarakat termasuklah masyarakat kita hari ini, persepsi buruk terhadap pengidap HIV/AIDS masih lagi ada.
Mereka masih lagi dilayan seolah-olah seperti sampah masyarakat malahan dipulau hanya kerana salah faham tentang penyebaran penyakit yang membawa maut ini.
Lebih malang lagi apabila kanak-kanak kecil yang tidak berdosa yang mendapat virus HIV daripada ibu-bapa mereka juga dilayan teruk dan dipulau masyarakat seperti yang berlaku pada kanak-kanak berusia 6 tahun di China ini.
Ah Long, yang tinggal di wilayah Guangxi di China kehilangan kedua ibu bapanya akibat AIDS dan terpaksa tinggal keseorangan. Kanak-kanak ini terpaksa melalui kehidupan dengan berdikari sendiri seperti membasuh baju, memasak dan belajar.
Neneknya yang berusia 84 tahun ada menanam sayur-sayuran untuk dijadikan makanan kanak-kanak malang ini dan kadang-kadang memasak untuknya namun neneknya tidak akan tinggal bersamanya.
Masyarakat di sekelilingnya, termasuk pihak sekolah berdekatan memulau dan tidak membenarkannya bersekolah di situ hanya kerana dia pembawa virus HIV dan ibu bapa pelajar lain mengugut untuk membunuhnya jika dia menghampiri anak-anak mereka. Doktor pula enggan untuk merawatnya.
Satu-satunya teman yang ada bersama menemaninya hanyalah anjing peliharaannya yang bernama Lao Hei.
Jabatan kebajikan masyarakat juga menolak tanggungjawab untuk menjaga budak ini dan wang saraan yang diberi iaitu sebanyak 70 yuan (kira-kira RM34) sebulan tidak mencukupi untuk menampung hidupnya.
Rasa sangat kasihan dan sedih bila dengar cerita tentang kanak-kanak ini padahal dia tidaklah diminta untuk dilahirkan mendapat penyakit sedemikian rupa. Walaupun negara China sedang pesat membangun sehinggakan bangunan terbesar di dunia pun dapat didirikan namun masih lagi ramai yang hidup dalam keadaan daif seperti Ah Long ini.
Namun masih ada harapan untuk kanak-kanak ini kerana cerita kanak-kanak malang ini telah mendapat liputan yang agak meluas dan dikhabarkan ada keluarga yang sanggup untuk mengambilnya menjadi anak angkat. Tapi setakat ini tiada apa perkembangan terbaru.
Lagipun berita ini saya ambil dari sumber tahun 2010 jadi diharapkan kehidupan kanak-kanak ini menjadi lebih baik. Semoga jadi pengajaran kepada kita semua.
Sumber dari Weird Asia News
so sad :( jaat nya durangg .
BalasPadamitulah, tak patut diorang buat macam tu.
Padamkasian, kasian, kasian...
BalasPadamAgen Herbalife
hmm.. memang kesian.
Padammemang kesian..dah nasib dia begitu..
BalasPadamharapnya lepas ni nasib budak tu bertambah baik..
Padammenangis i baca kisah adek ni, sedihnya & diaorang tu sampainya hati !! jahat betul lah :'(
BalasPadami doakan adek tu skrg kehidupan dia semakin baik
kita sama-samalah doakan..
Padamkesiannya dia..
BalasPadam6 tahun dah bawa kayu kayan..
semoga dia besar dengan berjaya
budak-budak kalau dari kecil lagi dah susah memang besar kemungkinan akan berjaya juga nanti.
PadamTak dpt bayangkan kalau la perkara sama terjadi pada anak aku....isk...isk....bertuahnya hidup di Malaysia....susah2 mana sekalipun ada lagi yg kehidupannya lagi teruk
BalasPadamyelah, walaupun negara China maju tapi ramai lagi rakyatnya yang hidup susah.
PadamWhat a poor child suffering like that oh god bless this child,Ya Allah kesian sekali kanak kanak ini harus menangun penderitaan begini semogah tuhan meramatinya :(
BalasPadamKasian kamu nak
BalasPadam