Blog Informasi, Idea, Kreatif

Kisah Sedih Budak 6 Tahun Yang Tinggal Seorang Dipulau Masyarakat Akibat HIV

budak-enam-tahun-tinggal-seorang-diri

Dalam kebanyakan masyarakat termasuklah masyarakat kita hari ini, persepsi buruk terhadap pengidap HIV/AIDS masih lagi ada.

Mereka masih lagi dilayan seolah-olah seperti sampah masyarakat malahan dipulau hanya kerana salah faham tentang penyebaran penyakit yang membawa maut ini.

Lebih malang lagi apabila kanak-kanak kecil yang tidak berdosa yang mendapat virus HIV daripada ibu-bapa mereka juga dilayan teruk dan dipulau masyarakat seperti yang berlaku pada kanak-kanak berusia 6 tahun di China ini.

Ah Long, yang tinggal di wilayah Guangxi di China kehilangan kedua ibu bapanya akibat AIDS dan terpaksa tinggal keseorangan. Kanak-kanak ini terpaksa melalui kehidupan dengan berdikari sendiri seperti membasuh baju, memasak dan belajar.

ah-long-dan-lao-hei

Neneknya yang berusia 84 tahun ada menanam sayur-sayuran untuk dijadikan makanan kanak-kanak malang ini dan kadang-kadang memasak untuknya namun neneknya tidak akan tinggal bersamanya.

Masyarakat di sekelilingnya, termasuk pihak sekolah berdekatan memulau dan tidak membenarkannya bersekolah di situ hanya kerana dia pembawa virus HIV dan ibu bapa pelajar lain mengugut untuk membunuhnya jika dia menghampiri anak-anak mereka. Doktor pula enggan untuk merawatnya.

Satu-satunya teman yang ada bersama menemaninya hanyalah anjing peliharaannya yang bernama Lao Hei.

budak-kecil-dipulau-masyarakat

Jabatan kebajikan masyarakat juga menolak tanggungjawab untuk menjaga budak ini dan wang saraan yang diberi iaitu sebanyak 70 yuan (kira-kira RM34) sebulan tidak mencukupi untuk menampung hidupnya.

Rasa sangat kasihan dan sedih bila dengar cerita tentang kanak-kanak ini padahal dia tidaklah diminta untuk dilahirkan mendapat penyakit sedemikian rupa. Walaupun negara China sedang pesat membangun sehinggakan bangunan terbesar di dunia pun dapat didirikan namun masih lagi ramai yang hidup dalam keadaan daif seperti Ah Long ini.

kanak-kanak-kecil-hidap-hiv-dipulau-masyarakat
budak-kecil-masak-sendiri
ah-long-belajar-sendiri

Namun masih ada harapan untuk kanak-kanak ini kerana cerita kanak-kanak malang ini telah mendapat liputan yang agak meluas dan dikhabarkan ada keluarga yang sanggup untuk mengambilnya menjadi anak angkat. Tapi setakat ini tiada apa perkembangan terbaru.

Lagipun berita ini saya ambil dari sumber tahun 2010 jadi diharapkan kehidupan kanak-kanak ini menjadi lebih baik. Semoga jadi pengajaran kepada kita semua.

Sumber dari Weird Asia News

14 ulasan

  1. memang kesian..dah nasib dia begitu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. harapnya lepas ni nasib budak tu bertambah baik..

      Padam
  2. menangis i baca kisah adek ni, sedihnya & diaorang tu sampainya hati !! jahat betul lah :'(
    i doakan adek tu skrg kehidupan dia semakin baik

    BalasPadam
  3. kesiannya dia..
    6 tahun dah bawa kayu kayan..
    semoga dia besar dengan berjaya

    BalasPadam
    Balasan
    1. budak-budak kalau dari kecil lagi dah susah memang besar kemungkinan akan berjaya juga nanti.

      Padam
  4. Tak dpt bayangkan kalau la perkara sama terjadi pada anak aku....isk...isk....bertuahnya hidup di Malaysia....susah2 mana sekalipun ada lagi yg kehidupannya lagi teruk

    BalasPadam
    Balasan
    1. yelah, walaupun negara China maju tapi ramai lagi rakyatnya yang hidup susah.

      Padam
  5. What a poor child suffering like that oh god bless this child,Ya Allah kesian sekali kanak kanak ini harus menangun penderitaan begini semogah tuhan meramatinya :(

    BalasPadam