Blog Informasi, Idea, Kreatif

Kamera Kecil Yang Sangat Ringkas Dan Comel (6 Gambar)

kamura-muji

Kamera kecil yang sangat simple dan comel ini adalah merupakan produk keluaran syarikat Muji dan direka oleh pereka bernama Forrest Radford.

Tema bagi kamera ini adalah seperti yang dapat anda lihat, ringkas dan mudah diguna.

Muji bukanlah satu jenama yang selalu mengeluarkan produk-produk berteknologi, oleh itu pereka yang mereka design kamera yang juga dipanggil Ka-mu-ra ini bercadang untuk mengetengahkan idea ringkas di mana ianya akan hidup apabila dibuka dan mati apabila ditutup.

Antara ciri-ciri menarik yang terdapat pada kamera ini ialah:

  • Antara muka sesentuh yang boleh dioperasi menggunakan jari
  • Tidak menggunakan sebarang butang
  • Spesifikasinya adalah kamera 8 megapixel, LCD flash, bateri lithium ion, CPU dengan memori 4GB, mini-b USB untuk tujuan mengecas dan pemindahan data dan suis putaran

Kamera ini didatangkan dengan dua variasi warna, iaitu hitam dan putih. Nampak sangat simple dan menarik bukan? Tapi memandangkan sekarang ini hampir kesemua handphone sudah dilengkapi dengan kamera, jadi kira munasabah juga kamera ini dibina dengan rekaan dan bentuk yang ringkas dan mudah diguna, selain ianya nampak comel juga.

kamera-ringkas-dan-comel
cara-penggunaan-kamera-kecil
antara-muka-sesentuh-kamura
cara-operasi-kamera-kecil
keratan-rentas-kamera-kecil
Sumber dari Yanko Design

2 ulasan

  1. nampak sangat cool... kalau buat door gift company punya event pun bagus nie

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang cool, tapi harga dia mesti mahal jugak ni. hehe.

      Padam