Blog Informasi, Idea, Kreatif

Kenapa Kita Rasa Geram Bila Lihat Benda-Benda Comel?

anak-kucing-comel

AMARAN: Entry post ini mengandungi unsur-unsur kecomelan keterlaluan yang akan membuatkan anda terasa sangat geram pada tahap melampau. Hehe.

Perasan tak apabila kita lihat sesuatu yang comel macam anak kucing, arnab, teddy bear, baby dan macam-macam lagi, pasti kita akan rasa geram? Kadang-kadang tu rasa geram sangat sampaikan rasa nak cubit, picit-picit, peluk kuat-kuat, cium berkali-kali, menggetap gigi sendiri dan pada tahap ekstrem mungkin sampai mengeluarkan perkataan yang tak difahami, "arghh, tomey, tomeynyeee, bucuk, bucuk, grrr!"

Kalau anda tak percaya cuba lihat gambar-gambar di bawah ini:

gambar-arnab-comel
bayi-comel
gambar-anak-kecil-comel

Tak cukup lagi? Boleh tengok lagi kat sini:

Hah, macam mana, ada tak timbul perasaan geram? Yang peliknya, bukan ke rasa geram ni adalah merupakan satu perasaan dan emosi yang negatif? Kenapa pula timbul perasaan tersebut bila kita lihat something yang comel dan cute? Inilah yang cuba difahami oleh penyelidik yang telah membentang kertas kerja pada perjumpaan tahunan Society for Personality and Social Psychology di New Orleans, Amerika, Jumaat lalu.

Daripada 109 orang sukarelawan yang telah mengambil bahagian dalam eksperimen tersebut dan diminta untuk memberi rating gambar-gambar haiwan comel yang ditunjukkan kepada mereka, penyelidik mendapati semakin comel gambar yang ditunjuk, semakin kuat rasa geram yang timbul. Kajian tersebut yang diketuai oleh Rebecca Dyer, bekas mahasiswa dalam bidang psikologi dari Universiti Yale menggelar fenomena tersebut sebagai "cute aggression".

Dalam eksperimen kedua pula mereka mengkaji samada perasaan geram tersebut hanyalah bersifat verbal ataupun kita memang ada rasa untuk lakukan sesuatu secara fizikal terhadap objek-objek cute tersebut. Sukarelawan diberi belon dan mereka bebas untuk meletupkan belon tersebut pada bila-bila masa.

Apabila ditunjukkan gambar-gambar yang cute, mereka meletupkan sebanyak 120 belon, sambil mereka yang melihat gambar yang lucu dan biasa-biasa sahaja hanya meletupkan 80 dan 100 belon masing-masing.

anak-kecil-bertudung-comel

Rebecca Dyer berpendapat perasaan geram tersebut timbul kerana apabila kita melihat gambar bayi yang comel contohnya, kita terasa teringin sangat untuk take care bayi tersebut tapi disebabkan ianya hanyalah gambar jadi kita tak dapat untuk peluk bayi tersebut. Jadi kita rasa kecewa, dan seterusnya rasa geram.

Kemungkinan yang lain ialah kerana ianya mengandungi perasaan positif yang berlebihan, contohnya kadang-kadang kita akan bertindak negatif terhadap sesuatu yang positif, seperti menangis apabila terasa terlalu gembira contohnya.

Namun tak dinafikan kenapa kita rasa geram bila lihat something yang comel masih lagi merupakan sesuatu yang misteri. Walau apa pun alasannya, bila lain kali anda lihat anak kucing yang sangat cute dan terasa geram sangat-sangat, cubalah kawal perasaan dan jangan cubit kuat-kuat. Nanti sakit pula anak kucing yang tak bersalah tu, hehe.

anak-kucing-tidur

5 ulasan

  1. pergh.. comelnya, rasa nak cubit je hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. cubit pelan2 je, bro
      hehe

      tapi memang geram la tengok
      buat hati menari2 je rasa

      Padam
    2. hehe, itulah. rasa seronok dan geram je tengok.

      Padam